Semua orang inginkan gaji yang tinggi dan jawatan yang besar namun adakah dengan "tawaran gaji yang besar" membuatkan seseorang itu bahagia?
Gaji bulanan sudah tinggi tak kan masih tak bahagia? Lainlah yang bekerja bagai nak rak tetapi bayaran gaji tidak setimpal. Secara logiknya, semakin tinggi gaji seseorang maka semakin besarlah tanggungjawab yang diberikan oleh majikan ke atas individu tersebut. Bukan soal gaji besar atau kecil yang ingin penulis kongsikan, tetapi carta mengenai tahap kebahagian pekerja di Asia dan mengejutkan! Malaysia berada ditangga ke-2 paling bawah dalam carta tersebut.
Memetik TheVocket.com, berdasarkan kaji selidik yang telah dibuat oleh JobStreet, pekerja dari Malaysia dan Singapura menduduki ranking paling tidak bahagia di Asia. Kajian ini dilakukan meliputi 7 negara Asia dengan penerimaan respon seramai 67,000 orang. Singapura berada di tangga paling bawah dalam "Carta Pekerja Bahagia Di Asia" dengan jumlah point 5.09 diikuti Malaysia dengan kutipan mata sebanyak 5.22. Ini menjadikan Malaysia menduduki tangga ke 2 dalam carta pekerja paling tidak bahagia di Asia. Filipina pula mencatatkan rekod pekerja paling bahagia di Asia manakala ditempat kedua adalah Indonesia. 1. Filipina: 6,25 2. Indonesia: 6,16 3. Thailand: 5,74 4. Hong Kong: 5,56 5. Vietnam: 5,48 6. Malaysia: 5,22 7. Singapura: 5,09 Selain tawaran gaji dan manfaat yang tidak setimpal, faktor-faktor dalam senarai dibawah ini adalah antara punca utama yang membuatkan pekerja tidak bahagia. - Ketidakpuashatian berdasarkan faktor seperti kepimpinan yang teruk. - Reputasi sesebuah syarikat. - Latihan tidak profesional. - Ketidakselesaan di tempat kerja. - Hubungan di antara rakan sekerja. Pelik juga negara maju seperti Singapura dan Malaysia boleh berada dicarta paling bawah "pekerja paling tidak bahagia di Asia". Mustahil negara di carta paling atas menawarkan gaji yang lebih besar dan jika sebaliknya, bagaimana pekerja boleh bahagia. Jadi disini sudah jelas, kebahagiaan bukan diukur dari berapa kah gaji yang diterima sahaja tetapi berdasarkan faktor-faktor dalam senarai diatas. Adakah anda sudah cukup bahagia dengan kerja anda sekarang ini? Jika jawapannya TIDAK, kongsikan apakah punca-punca yang membuatkan anda tidak bahagia. - CARI |
14
Bagus |
18
Marah |
19
Terkejut |
29
Sedih |
16
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pyroparo replied at 3-10-2016 06:02 PM
alhamdulillah, soal pekerje bahagie indonesie mendunie. yang ndak bahagie itu mungkin karene banyak ...
dizzzek replied at 4-10-2016 02:40 PM
malas tp nak gaji tinggi
sakit selalu
saudara mati selalu
pyroparo replied at 4-10-2016 02:02 PM
alhamdulillah, soal pekerje bahagie indonesie mendunie. yang ndak bahagie itu mungkin karene banyak ...
Tazkiran: Pentingkan Diri Sendiri
Antara sifat buruk yang ada dikalangan manusia ialan mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Sifat atau sikap ini sangat dikutuk dan akan memerima amaran yang keras dari Allah dan RasulNya. Hadith dari Abu Hurairah r.a. katanya:
“Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).” ( HR. Muslim)
aks_berhad replied at 4-10-2016 07:14 AM
kalau dilihat pada top factor, pekerja indon mementingkan relationship dgn rakan sekerja. berlaina ...
-electrifying- replied at 3-10-2016 07:53 PM
faktor management dan ade rakan sekerja yg puaka
pyroparo replied at 4-10-2016 03:25 PM
Aku ingin begini
Aku ingin begitu
Ingin ini itu banyak sekali
ADVERTISEMENT