CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Maafkan Saya Gagal Didik Adik Dengan Sempurna - Abang Suspek Rompakan

6-10-2016 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11142| Komen: 49|Original author: Oleh: Adib Za


Dua video rakaman CCTV telah menjadi viral, memperlihatkan satu rompakan menggunakan parang terjadi terhadap dua orang wanita. 

Kejadian mengerikan itu dipercayai berlaku di Ara Damansara pada lewat malam sekitar jam 3.40 pagi. Mangsa yang memandu kereta Myvi dikatakan telah diekori oleh penjenayah yang menaiki Honda Accord tahun 1994.

Wanita terbabit cuba untuk melarikan diri ke dalam kawasan perumahan terdekat namun tidak dibenarkan untuk memasuki pintu pagar lantaran tiada bukti penduduk di situ. 


Loading FB Post...



Tidak tahu apa silapnya namun kejadian mengerikan ini seharusnya menjadi peringatan kepada semua agar tidak memandu pada lewat malam terutamanya di kalangan wanita. 

Dalam pada itu, di media sosial tersebar status dari seorang lelaki yang mendakwa sebagai abang kepada suspek. 

Melalui luahan itu, ia menarik perhatian netizen kerana lelaki berkenaan jelas mahu menjernihkan keadaan. Selain meminta maaf, dia sanggup untuk memberikan ganti rugi kepada si mangsa.




"Saya memohon maaf kepada semua terutama sekali mangsa atas kegagalan saya untuk memberi didikan sempurna untuk adik saya di dunia dan akhirat...

"Dan video di atas 99% adalah adik kesayangan saya.."

Begitulah antara luahan lelaki tersebut yang nampaknya begitu kesal dengan kejadian tersebut. terbaru, kereta yang digunakan suspek telah pun ditemui oleh pihak berkuasa. 

Apa pun, dalam kejadian tersebut, memberi peringatan kepada semua agar sentiasa berhati-hati terutamanya ketika memandu waktu malam. 

Begitu juga dengan ahli keluarga yang sanggup menanggung kesalahan, anda adalah contoh yang terbaik. Meskipun ia bukanlah berpunca daripada anda, namun sekurang-kurangnya mampu memulihkan keadaan yang semakin berserabut dan bercelaru terutama di kalangan mangsa. - CARI 

Maafkan Saya Gagal Didik Adik Dengan Sempurna - Abang Suspek Rompakan
13

Bagus
14

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote huehue 6-10-2016 07:14 PM
Mesti dia malu dengan masyarakat. Mohon tabah dan mohon suspek berubah ke arah kebaikan. *mode sejenak ke arah kebaikan
Quote Sayaaa 6-10-2016 07:25 PM
bagusnya abang dia.
Quote awaynepian 6-10-2016 07:41 PM
99 % adik dia..mana lagi 1%??
Quote sueburn 6-10-2016 07:51 PM
awaynepian replied at 6-10-2016 07:41 PM
99 % adik dia..mana lagi 1%??

1% milik saka adik dia
Quote meklalala 6-10-2016 08:07 PM
Bagusnya betul abang dia nih..mak ayah budak ni masih ada lagi ka? Mek harap adik dia insaf dan menjadi pemuda kegilaan gegirl di luar sana..
Quote atekome 6-10-2016 09:00 PM
Suh adik ksyangan ko pi mmposs spya tk myusahkn org..
Quote gekkou 6-10-2016 09:04 PM
bagus abangnya mengaku salah adik
x de pun nk cover2
siap nk jumpa mangsa lagi

bukan macam makcik yang guna debit card doc tu
siap suh tarik belik report

ada jugak yang kecam abang penjenayah ni kat fb
Quote Mary_jane 6-10-2016 09:38 PM
I terkesima tengok dia acu parang panjang kat mangsa. Siap kejar lagi, dibuatnya tertikam, terpenggal kepala mangsa masa tu? Tadi kat berita mention suspek umur 18 tahun, muda gitu dah saing2 mafia.

Family plak yang tanggung malu. Suspek dah berjaya dicekup atau masih berkeliaran kat luar?

Quote Cyempaka 6-10-2016 09:58 PM
Jamu racun tikus sajalah sblm dia p bunuh org lain
Hrp2 xde lg yg nak kesiankan penjenayah...xbg buat repot dan cop mangsa sengkek
Quote kornea 6-10-2016 11:37 PM
Mana boleh maaf jenayah berat begini. Itu adik tak guna perlu diajar. Dia bukan kanak kanak lagi.  Polis harus buru dan tangkap saja terus
Quote saladin780 7-10-2016 12:26 AM
Mohon dipenjarakan..mana bleh maaf bodo2 gitu je..dah a gi menyamun dgn siap berparang lagi:
Quote Lagubestbest 7-10-2016 01:37 AM
Kepada abang suspek, itu bukan adik, itu babi. Bagusla sanggup bayarkan, tapi lepas balik rumah sila hentam adik kau tu kaw2 pls.
Quote eenhemo2 7-10-2016 03:19 AM
Bagus abang dy. Bertanggungjawab. Tp nanti bila adik da balik, kasi hentam sikit & heret ke balai polis ye. Jgn lupa tau bang
Quote bihun_goreng 7-10-2016 06:46 AM
Bijak abg dia ni.berani bertanggungjawab.
Nasib abg dia tak cakap 'kenapa viralkan video muka adik saya,kesian dia malu masih muda.tak patut buat mcmtu.lagipun duit kena rompak sikit sangat.sengkek punya perempuan "
Quote Nham22 7-10-2016 07:58 AM
Ayooooo.... abang die sooooo abg "adik kesayangan saya"...ni terlebih kasih sayang ke haper? Or terlalu manja... klu terlebih kasih sayang nape nampak mcm kurang kasih sayang...? Sampai nak merompak
Quote mommymonster82 7-10-2016 08:02 AM
Nauzubillah..klu xde video ni..sampi bila kot xkantoi.... amik dadah per ni
Quote faraway1 7-10-2016 08:55 AM
macamlah abang dia ada pilihan lain kalau tak mengaku,
mesti jiran kekawan kenal ''eh adik kau'',
so baik awal awal minta maaf.
Quote missDollie 7-10-2016 09:12 AM
Adik menyamun..Abang mintak maaf..amannya dunia..pasni adik kesayangan membunuh lak..Abang mintak maaf lagi..
Quote nut.legacy 7-10-2016 09:34 AM
kesian abg dia and respect sbb berani mengaku.. dia pn tak back up adik dia.. just minta maaf and nk bg ganti rugi.. siapa nk darah daging sendiri jadi mcm tu.. semoga dipermudahkan..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062351 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top