|
Siapa akan percaya kereta yang diletak di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman Kuala Lumpur dikatakan telah dicuri, dan yang lebih mengejutkan pencuri itu merupakan pegawai polis sendiri. Memetik laporan terkini di Malaysiakini, kisah benar ini berlaku semalam, apabila dua orang pegawai polis yang masing-masing berpangkat timbalan superintenden dan penolong superintenden dari Jabatan Siasatan Trafik dan Jabatan Penguatkuasaan terkejut mendapati kereta mereka yang terletak di tempat parkir Menara I, bangunan Bukit Aman telah hilang.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, identiti anggota polis yang merupakan salah seorang pencuri yang kemudiannya telah dikenalpasti sebagai berpangkat lans koperal dan kini ditahan untuk siasatan. "Kami sedang menyoal siasat untuk menentukan sama ada dia terlibat dengan mana-mana sindiket curi kereta," katanya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kecurian kenderaan. Kereta-kereta berkenaan masih belum dijumpai semula.- CARI
|
|
6
![]() Bagus |
11
![]() Marah |
5
![]() Terkejut |
9
![]() Sedih |
6
![]() Lawak |
8
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.139530 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.