Minta perhatian bagi mereka yang ingin bercuti ke Thailand dalam masa terdekat ini. Susulan kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej petang kelmarin, Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha mengarahkan segala aktiviti yang berbentuk hiburan mahupun kebudayaan harus dihentikan buat sementara waktu selama 30 hari.
Cari Internet telah menghubungi Jabatan Pelancongan Thailand bagi mendapatkan pengesahan tentang perkara tersebut. Antaranya termasuk Rap Bua Or atau Festival Bunga Teratai, Fenomena Bola Naga dan Festival Perlumbaan Kerbau sah dibatalkan. Dalam pada itu, Cari Internet difahamkan oleh beberapa agensi pelancongan Thailand yang sempat dihubungi, destinasi pelancongan di negara itu masih belum diketahui statusnya sama ada akan ditutup atau tidak secara rasmi.
Buat masa ini hanya Istana Besar Thailand dan Bangunan Parlimen ditutup buat para pelancong. Bagi mereka yang ingin melancong ke Thailand dalam masa terdekat ini bolehlah melayari laman sesawang rasmi Jabatan Pelancongan Thailand iaitu https://www.tourismthailand.org/home untuk mendapatkan maklumat terkini.- CARI
|
3
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-LTS replied at 14-10-2016 05:44 PM
Minta perhatian bagi mereka yang ingin bercuti ke Thailand dalam masa terdekat ini.
ADVERTISEMENT