CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti, Faizal Bolot Pencalonan AIM22

15-10-2016 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2305| Komen: 7

Pencalonan Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22) kali ini ternyata menerima lebih banyak penyertaan berbanding AIM21 yang lalu. Sebanyak 731 pencalonan diterima daripada 80 nama membabitkan 17 kategori.



Sumber foto: Harian Metro

Menjadi perhatian, nama besar di persada muzik tanah air seperti seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Faizal Tahir dan Najwa Mahiaddin yang mendominasi beberapa kategori penting.

Kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Album Terbaik memberi saingan sengit di antara mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM22, Rosmin Hashim ternyata bangga dengan senarai pencalonan kali ini yang mempamerkan kepelbagaian bakat artis yang bertanding.

“Kami gembira melihat senarai pencalonan yang datang daripada pelbagai kategori iaitu bintang ternama dan bakat baru yang sedang menempa nama.

“Pencalonan artis baru dan lagu yang kurang dikenali menunjukkan AIM terus mengiktiraf hasil karya penggiat seni muzik berdasarkan kualiti dan bukan populariti mereka semata-mata,” katanya.

Siapa kata era kegemilangan Datuk Siti Nurhaliza sudah berakhir? Buktinya artis tersohor itu mendominasi pencalonan apabila membolot enam kategori dengan tujuh pencalonan.


Sumber foto: Berita Harian

Antara kategori  dicalonkan adalah Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita), Rakaman Album Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu (dua pencalonan) dan Album Terbaik.

Tidak kurang hebatnya, Faizal Tahir mendapat lima pencalonan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu, Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu, Lagu Pop Terbaik (dua pencalonan) dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.


Sumber foto: Utusan

Manakala Syamel, Projector Band, SonaOne, Caliph Buskers, Mojo dan Akim & The Majistret  antara artis yang dilihat berpotensi menyerlah dalam AIM22 kali ini.

Sama-sama kita nantikan AIM22  pada 18 Disember ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dibawakan secara langsung oleh Astro Ria dan Ria HD bermula jam 9 malam. - CARI 
15

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote zie_indah 22-10-2016 11:55 PM
Tahniah ler.....
Quote Purplehag 16-10-2016 04:00 PM
Allah, ingatkan dah besara
Quote Ferr_Remy 16-10-2016 11:16 AM
Siti until now is the best Malaysian singer. Haters sila meninggal bak kata bbnu zaman skrg.
Quote mirandanicky1 16-10-2016 08:36 AM
Okay...bosan
Quote samisfar 16-10-2016 06:31 AM
Bkn makiti tak deserve tapi klau makiti tak menang mcm kelakar!....Ingat lagi makiti pernah tak mau dicalonkan dulu sikit hari kerana tengah top hehehehee....tapi now
Quote AppropriateNick 15-10-2016 02:36 PM
kalau x, asyik Yuna menang lagu Terbaik kan
Quote aswand 15-10-2016 12:09 PM
siti lah datang pulak, harap2 penyanyi lain x jadi sendu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082979 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top