Berikutan fenomena air pasang besar, dua pusat pemindahan mangsa banjir yang baharu telah dibuka iaitu Dewan Masyarakat Sungai Keramat di Kapar, Klang dan Dewan Seri Sekinchan di Sabak Bernam.
Penambahan tersebut menjadikan Selangor kini mempunyai lima dua pusat pemindahan kerana sebelum ini tiga pusat pemindahan telah dibuka iaitu Dewan Serbaguna, Kampung Tok Muda, Kapar, dan Dewan Sungai Air Tawar serta Dewan Parit Baru di Sabak Bernam. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, kelmarin jumlah penduduk yang dipindahkan juga bertambah kepada 332 setakat 6 petang berbanding 321 pada sebelah pagi.
Bagi mengekang air laut daripada melimpah ke kawasan kampung sejak Rabu lepas, aktiviti gotong-royong menambah ban pasir sepanjang 400 meter telah diadakan yang membabitkan hampir 100 penduduk Kampung Baru Lembah Pantai di Tanjong. Selain menambah ban, penduduk kampung itu juga membuat pemantauan 24 jam secara bergilir-gilir sebagai langkah bersiap sedia sekiranya air laut melimpah ke kawasan darat.- CARI
|
15
Bagus |
18
Marah |
15
Terkejut |
14
Sedih |
22
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT