Kontroversi tercetus gara-gara Elizabeth Tan yang dikatakan bermasam muka dengan Ayda Jebat ketika sama-sama menjayakan Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura yang lalu. Dia dikatakan dilayan macam 'anak tiri' oleh syarikat pengurusan artis yang dinaunginya dan seolah-olah cemburu dengan populariti yang dikecapi Aya Jebat selaku pemenang Anugerah Artis Paling Popular di APM pada malam tersebut. Namun penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock itu menafikan dengan sekeras-kerasnya tentang dakwaan ini. “Kalau nak cakap kami bergaduh sebab siapa lagi popular. Tolonglah, semua orang tahu dia [Ayda] lebih popular daripada saya. Tentulah saya sendiri sedar siapa diri saya," jelasnya kepada Mingguan Malaysia.
Bagi Elizabeth kemenangan Ayda adalah hasil usaha keras dia sendiri dan memang layak kerana bakatnya. “Bagi saya dalam segala hal, saya sangat menghormati Ayda. Malah, saya sendiri lihat cara dia bekerja. Memang gila. Dia seorang yang sangat dedikasi, bekerja keras dan tahu apa yang dia lakukan." Walau diasak dengan soalan yang sama berulang kali, Elizabeth atau mesra disapa sebagai Lizzy tetap menegaskan yang dia langsung tiada masalah dengan Ayda kerana masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Lizzy menganggap bahawa isu ini adalah tidak munasabah dan berharap tiada pihak yang salah faham dengannya. “Kalau orang yang benar-benar mengenali saya, dia akan tahu saya bukan jenis kaki gaduh atau suka cari pasal. Maksud saya, hey, dia sudah sangat berjaya dan saya tahu di mana kedudukan saya. Ayda sukar disaingi kerana dia benar-benar berbakat dan hebat. Mengulas lebih lanjut, Lizzy juga tidak menolak kemungkinan adanya pihak yang sengaja cuba melaga-lagakan dirinya dengan Ayda Jebat namun dia tidak akan membiarkan isu ini memberi kesan pada dirinya. Apa-apa pun, masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin kan? -CARI
|
20
Bagus |
18
Marah |
19
Terkejut |
17
Sedih |
25
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Mary_jane replied at 17-10-2016 01:18 PM
Beria wartawan asak dengan soklan, lizzy tetap dengan jawapan. I tetap suka both of them.
ADVERTISEMENT