|
Artis Korea ini, Sulli, 22, yang merupakan ahli kumpulan f(x) dikecam selepas dia memuatnaik sebuah video yang diangap mengandungi unsur seks di laman Instagram miliknya. Menurut Mstar yang memetik Allkpop, video berdurasi 15 saat itu menunjukkan Sulli sedang berbaring sambil kucing peliharaannya menjilat bahagian dada wanita itu. Video itu dimuatnaik di laman Instagramnya Ahad lalu dan menerima 91,000 likes dan 500 komen. Bukan sahaja netizen yang mengkritik tindakan Sulli, malah media tempatan juga merasakan tindakan tersebut tidak patut dipaparkan untuk tontonan orang ramai. Sementara itu, ada juga netizen yang menganggap tindakan Sulli hanya untuk mengaitkan namanya dengan kontroversi dan mencari publisiti murahan. Sebelum ini, Allkpop melaporkan Sulli pernah memuatnaik gambar di Instagramnya yang juga berbaur seks seperti pakaian yang dicampak ke lantai seperti seseorang sedang menanggalkan seluruh pakaiannya serta 'pose' yang menggiurkan selain turut memuatnaik video krim putar yang disembur ke dalam mulutnya. Macam-macam perangai pelik manusia sekarang ni suka buat. Dah tahu diri tu artis, dapat perhatian ramai, yang di'upload' segala bagai kisah hidup buat apa? Elok-elok orang suka, dah jadi meluat. Adakah anda bersetuju tindakan artis ini dikecam semua orang?
|
|
24
![]() Bagus |
20
![]() Marah |
20
![]() Terkejut |
26
![]() Sedih |
21
![]() Lawak |
19
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.208766 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.