CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suka Simpan Tomato Dalam Peti Ais, Rupanya Memudaratkan

20-10-2016 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5401| Komen: 7|Original author: Oleh: Maly Rosli


Sumber foto: http://amazingnara.com

Kita sudah biasa menyimpan buah-buahan dan sayuran di dalam peti sejuk baik yang baru dibeli, mahupun lebihan memasak. Anda harus INGAT tidak semua jenis makanan dan sayuran bertahan lama di dalam peti sejuk.

Menurut New York Times, hasil kajian University of Florida mendapati tomato yang disimpan di dalam peti sejuk cepat kecut dan hilang kesegarannya.

Bukan itu sahaja, kesegaran dan rasa yang hilang itu tidak akan kembali seperti asal meskipun selepas dikeluarkan. Keadaan peti sejuk yang dingin mengubah kestabilan sintesis di dalam tomato. Dengan kata lain, ia 'membunuh' khasiat tomato itu.


Penyelidik, Harry Klee, menyamakan keadaan tomato yang dikeluarkan dari peti sejuk sama seperti nada yang dihasilkan sebuah biola. 

"Anda masih boleh mendengar bunyinya, namun setiap nada yang dihasilkan adalah berbeza," katanya.

Dia menjelaskan, sebuah tomato yang lazat biasanya mengandung campuran yang kompleks dari asam, gula dan bahan kimia dikenali sebagai senyawa organik yang mudah mengewap dengan mengatur komposisi seimbang 30 bahan kimia.

Pasukan Harry menjalankan ujian dengan menyimpan tomato dalam suatu tempat dingin kira-kira empat darjah Celsius selama seminggu. Hasilnya, tomato itu mengalami 'kejutan' ketika kesejukan, malah selepas sehari dikembalikan ke suhu bilik, rasa dan kesegarannya tidak seperti yang asal.


Sumber foto: Carian Google

Kesimpulannya adalah, jika tomato itu masih belum digunakan, seeloknya disimpan di dalam suhu bilik sahaja. Manakala jika ia sudah dipotong dan menjadi lebihan memasak, apa salahnya anda ratah sahaja. Tomato kan banyak khasiatnya. Atau mungkin anda hiris nipis-nipis dan tepek sahaja di muka. Bukan sahaja menyihatkan, malah mencantikkan wajah anda juga. - CARI

20

Bagus
20

Marah
26

Terkejut
22

Sedih
27

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote holothurian 20-10-2016 06:34 PM
baru beli tomato pg td..terus simpan dlm peti ais..
Quote melinda_kerr 20-10-2016 06:41 PM
tgk jenis peti aislah. kdg peti ais yg mahal yg ada new tech tu u boleh simpan dan the fruits and vege still fresh even after one week. ni nak invest apa2 untuk kesihatan berkira beli tepon mahal2 ok pulak.
Quote mirandanicky1 20-10-2016 09:36 PM
melinda_kerr replied at 20-10-2016 06:41 PM
tgk jenis peti aislah. kdg peti ais yg mahal yg ada new tech tu u boleh simpan dan the fruits and ve ...

I agree w u
Quote DeeHanania 21-10-2016 07:48 AM
melinda_kerr replied at 20-10-2016 06:41 PM
tgk jenis peti aislah. kdg peti ais yg mahal yg ada new tech tu u boleh simpan dan the fruits and ve ...

Yup,stuju tu...
Quote mdhelmi 21-10-2016 09:00 AM
bukan tomato je
ape2 pon kalo simpan lama dlm peti sejuk pon kocut jugak
Quote mystica 24-10-2016 03:30 PM
tomato mmg kita simpan dalam peti ais..

tp mcm buah aku letak dlm bilik and tutup dengan kain. tahan lagi lama daripada buah yg simpan dlm peti ais atau buah yg letak terdedah tak tutup.
Quote Artemesiaa 26-10-2016 12:39 PM
Betul tu tomato kalau dah disimpan terlalu lama dah kurang sikit rasanya rangupnya pun jadi kurang.  Yang fresh lebih sedap kalau dibuat salad dari yang dah disimpan beberapa hari.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050412 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top