CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berseluar Pendek, Lelaki Cina Ini Terkilan Ditegur Tak Hormat Islam Ketika Bantu Orang

21-10-2016 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9824| Komen: 28|Original author: Oleh: Maly Rosli

"Saya kecewa kerana saya di tegur memakai seluar pendek dan di katakan tidak menghormati Islam ketika masuk kerumah orang Islam. Saya rasa sangat terkilan."

Itulah luahan hati Kuan Chee Heng, hanya kerana berseluar pendek ketika membantu mereka yang di dalam kesusahan, dia dituduh tidak menghormati agama Islam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kesian 'Uncle' ni, niatnya suci murni membantu orang susah, namun manusia ni susah nak dipuaskan hatinya. Ada sahaja yang salah di mata mereka. Sungguhpun lelaki itu bukan Melayu atau bukan Muslim, tidak perlulah persoalkan kebaikan seseorang itu melalui rupa paras dan imejnya.

"Saya munkin kafir tetapi saya rasa saya terpanggil memembantu mereka kerana Allah mempertemukan saya dengan mereka yang minta bantuan. 

"Saya rasa orang yang saya bantu lebih arif samada saya hormati mereka atau tidak," luah Kuan Chee Heng di akaun Facebooknya.

Menurutnya, memakai seluar panjang hanya akan membataskan pergerakannya ketika membantu mereka yang memerlukan seperti mengangkat barang-barang berat.

Kuan Chee Heng menganggap, semua kutukan dan kritikan diterimanya sebagai pembakar semangat untuk terus membantu orang ramai. 

Dia berharap mereka dibukakan pintu hati sebagai seorang Muslim untuk memandang lebih mendalam dan memahami Islam yang sebenarnya. 



Melalui luahan hatinya di Facebook, ramai netizen memahami dan menyokong tindakan Kuan Chee Heng memberi pertolongan walaupun hanya berseluar pendek.


"Uncle, orang yang suka berbual pasal agama ni tak kira India,  Cina atau Melayu, pasti tak pernah menolong sesama sendiri. Mereka tak layak nak kutuk mahupun caci uncle," kata netizen, Poovanraj Silvarajah.

"Seluar pendek atau seluar panjang itu tak penting. Yang penting anda punya hati yang sangat baik abag kentang," sokong Zai Mizan.


Sumber foto: FB Kuan Chee Heng

Mungkin individu tak bertanggungjawab itu mempunyai sebab-sebabnya tersendiri atau dia sememangnya bermasalah dan mempunyai isu perkauman yang kuat. Walau apa pun, kita doakan dia diberi petunjuk untuk segera berubah dan memohon maaf daripada uncle itu. Semoga perkara sebegini tidak mematahkan semangat uncle itu untuk terus membantu mereka yang di dalam kesusahan. - CARI

27

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rainrein 21-10-2016 12:27 PM
Bongoknye sape yand dok mengata tuh.
Quote HazeLJoseph 21-10-2016 12:35 PM
Sapalah membusuk hati lagi dgn bro kuan ni.. Kau blh buat apa dia buat ke? Dia diam2 je buat kerja.. Kau menghencap lebih
Quote RamboMandul 21-10-2016 12:45 PM
Ye ye je .
Quote missinpiece 21-10-2016 12:45 PM
Mcm biasa la itu ini x kena. Sedangkan diri sendiri x pnah nak tilik. Janji seluar panjang smpai buku lali, lengan panjang, berhijab, dah cukup mulia. Pui
Quote krustykrab 21-10-2016 01:00 PM
esok ni uncle kalau nk buat amal sila pakai jubah dan berserban gitewwww
Quote kornea 21-10-2016 01:52 PM
Galak sampai nak ke rumah orang. Ada mereka mintak sama engkau ke
Quote MsKathryn 21-10-2016 02:07 PM
Ada2 je la
Quote prettyuglybabe 21-10-2016 02:39 PM
sebelum hencap yang menegur, nak tau jugak..
uncle ni pakai short yang cam mana?
paras lutut atau pun gaya apek yang seluar pendek sampai ke peha ala-ala hot pants?
kalau short paras lutut tu aku rasa yang menegur tu over la..
muslim pun banyak kot yang pakai short paras lutut..
tapi kalau beliau pakai short paras peha, tak salah rasanya kita menegur..
sebab aku sebagai pompuan, rasa segan dan serba salah juga tengok laki pakai pakai seluar paras peha..
Quote Skuau 21-10-2016 03:11 PM
Minta pakar agama memberi penjelasan....
Quote tintabiru73 21-10-2016 03:42 PM
Ok..orang tu tegur ankel kentang giler (nama glamer dia). Sekarang dia yg metegur tu ditegur  oleh ramai netrizens harap dia terima la...dan mintak maaf macam kentang giler
Quote CrowneGlory 21-10-2016 04:04 PM
dia pakai suar pendek pun x naik napsu acik2 tgk...yg penting dia menolong sana - sini ..asal jgn ko pakai spender sudah
Quote pooh~key 21-10-2016 04:36 PM
Lain kali jangan tolong ummah muslim sis. :zz
Quote kampderlieben 21-10-2016 06:57 PM
Yg Melayu&islam pon xreti nk tlg kaum sendiri tau nk kondeM
Quote nut.legacy 21-10-2016 09:00 PM
Dia bukan Muslim pn.. x perlu ada isu..
Quote mrsLucky 21-10-2016 09:51 PM
http://www.mstar.com.my/berita/b ... 6/06/24/kuan-kesal/

Dia banyak bantu orang...bagus lah uncle nih..
Quote ~boolean 21-10-2016 11:57 PM
prettyuglybabe replied at 21-10-2016 02:39 PM
sebelum hencap yang menegur, nak tau jugak..
uncle ni pakai short yang cam mana?
paras lutut atau  ...

Susah juga lah macam tu kalau kita judge orang bersasarkan pakaiannya, bukan niatnya... apa lagi uncle tu datang bukannya saja2, tapi nak beri pertolongan...

Bagi aku lagi tak manis kalau kita menegur orang yang nak membantu..
Andai kalau kereta kita terhenti tepi jalan, adakah kita akan menolak pertolongan dan menegur orang yang datang tolong semata2 dia tak menutup aurat atau pakai short pants?

Mungkin aku ini suka menyeksi maka aku tak nampak apa masalahnya dari segi pakaian tapi aku suka orang yang ikhlas menolong tak kira apa latar belakang mereka
Quote prettyuglybabe 22-10-2016 01:10 AM
~boolean replied at 21-10-2016 11:57 PM
Susah juga lah macam tu kalau kita judge orang bersasarkan pakaiannya, bukan niatnya... apa lagi u ...

klu nak kira manis tak manis, mcm tu sesiapa pun tak boleh tegur menegur la kan..
pada aku, nak tegur boleh tapi biar la kena cara..
mcm aku cakap la.. klu takat pakai seluar 3 suku pun nak tegur, over sangat la..
ramai je even muslim pakai cenggitu..
dan aku pun setuju.. hak nak menyeksi, terpulang pada individu..
Quote merrissa 22-10-2016 03:49 AM
bese laaaa meleisss ummah sejati.....sampai kan satu ayat wapoannnn di mana saja tak kire tempattt...bagikk malu itu orangggg...haktuihhhh
Quote gigahertz 22-10-2016 04:16 PM
prettyuglybabe replied at 21-10-2016 06:39 AM
sebelum hencap yang menegur, nak tau jugak..
uncle ni pakai short yang cam mana?
paras lutut atau  ...

lelaki tgk pompuaj senyap je sis.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039041 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top