Terlibat di dalam dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk sesiapa pun, dan perkara ini turut diakui oleh pelakon jelita Zara Zya yang turut mengalami kerugian ketika baru mula-mula menceburkan diri di dalam bidang tersebut. Dirinya juga telah menanggung kerugian sebanyak RM30,000 semasa mengusahakan produk kecantikan jenama sendiri sebelum ini. Mengakui dirinya sedih dengan apa yang terjadi, tambahan pula ia adalah duit yang dipinjam dari ibunya, namun Zara tetap menguatkan semangatnya dan menjadikannya sebagai pemangkin untuk terus maju di dalam perniagaan.
"Saya terus positif dan menganggap RM30,000 sebagai 'harga' untuk sebuah pengalaman dan menjadi pembelajaran berguna dalam mengusahakan perniagaan," kata Zara kepada Astro Gempak. Sekarang ini dia sedang giat mengembangkan tiga bisnesnya iaitu tudung jenama @zarazyabyzarazya, losyen pemutih dan bedak asas, dan bersyukur kerana mendapat maklum balas yang positif dari para pengguna. "Semuanya berjalan lancar dan saya bersyukur kerana produk saya semakin mendapat tempat. Jika ada rezeki, saya merancang untuk meluaskan perniagaan dan membuka sebuah butik kafe." Telefilem lakonan Zara bersama Johan As'ari dan Saidi Sabri, Hujan Malam Itu tercalon dalam kategori Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016). -CARI |
10
Bagus |
11
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cicicumel replied at 22-10-2016 03:38 PM
Jelita ke?
sharlenetexas replied at 22-10-2016 02:37 PM
compact powder tak laku ke?
zaman gawat ni aku beli yg murah tapi berkualiti mcm pixy. yg puluh2 rin ...
cicicumel replied at 22-10-2016 02:38 PM
Jelita ke?
Puteri19 replied at 22-10-2016 02:44 PM
Masalah besor ke kalu tak jelita?
Lot replied at 22-10-2016 04:14 PM
uols ni kan....
x leh la nk sentuh sikit retis pujaaan hati
kompom berangin kan
lazim replied at 22-10-2016 01:16 PM
tgk bonda bonding. mak sheols macam acik2 dari parit(perak) rupanya
cekque replied at 22-10-2016 04:18 PM
X kisah lah mak sheols tu ropa acik2 dari parit ker dari lumut(perak) ker,tp iols respect dia x ma ...
ADVERTISEMENT