CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sorok 6,000 Kilogram Minyak Masak, 5 Peniaga Ditahan

28-10-2016 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6031| Komen: 20


sumber foto: sinar harian


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan, seramai lima peniaga masing-masing telah ditahan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor akibat didapati menyorok minyak masak. 

Sekali gus berjaya merampas sejumlah 6,000 kilogram atau enam tan minyak masak yang bernilai RM25,000 sepanjang dua hari operasi. 

Menurut laporan Berita Harian, menurut Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi Khas) KPDNKK Putrajaya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, peniaga yang ditahan didapati tidak mempamerkan minyak masak berkenaan di kedai mereka sebaliknya menyimpan di dalam stor.

"Peniaga berkenaan melakukan perkara terbabit dengan harapan kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak masak."


"Tetapi kerajaan sudah maklumkan semalam bahawa harga minyak masak paket satu kilogram tidak dinaikkan."

Beliau turut mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga minyak masak botol yang diumumkan penarikan subsidinya bermula November ini.

Kesemua peniaga berkenaan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1991 dan KPDNKK akan membuat pemantauan berkala di Perak, Melaka dan Lembah Klang kerana terdapat laporan berlaku kekurangan bekalan kerana pengguna membuat pembelian panik.- CARI

23

Bagus
28

Marah
22

Terkejut
21

Sedih
19

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 28-10-2016 10:48 AM


sila gantung lesen mereka (6 bln ke xleh niaga) atau batalkan terus lesen perniagaan mereka..

kejam giler nak ambik kesempatan dlm kesempitan hidup rakyat marhaen..
Quote cpixie 28-10-2016 10:54 AM
adakah minyak masak saji kena sorok jua? seminggu 2 ni ai tercari2 minyak masak saji bersaiz 5kg. namun tiada
Quote akusukaq 28-10-2016 12:33 PM
setakat tarik lesen berniaga je tak cukup, denda dan penjarakan setan setan tamak ni.baru berkesan
Quote bioessence 28-10-2016 12:44 PM
Saja sorok2 nak profiteering
Quote Manjahati 28-10-2016 01:09 PM
cpixie replied at 28-10-2016 10:54 AM
adakah minyak masak saji kena sorok jua? seminggu 2 ni ai tercari2 minyak masak saji bersaiz 5kg. na ...

Sama ler tempat saya pun gitu... Merata cari x jumpa...tetiba hilang ghraib minyak saji n seangkatannya
Quote liyanur 28-10-2016 02:16 PM
aku perasan jenama yg x penah beli/dgr plak yg byk...
brand pisau saji ka x nampak dr bln lpas lg kot...
Quote pyropura 28-10-2016 02:26 PM
MissMamamia75 replied at 28-10-2016 10:48 AM
sila gantung lesen mereka (6 bln ke xleh niaga) atau batalkan terus lesen perniagaan mereka..

...

peniaga tu pun kesempitan jugak ....
Quote MissMamamia75 28-10-2016 02:32 PM
Manjahati replied at 28-10-2016 01:09 PM
Sama ler tempat saya pun gitu... Merata cari x jumpa...tetiba hilang ghraib minyak saji n seangkat ...

Akak shoping minyak kat Jusco jer ( Aeon)..brand Aliff  and mcm2 lagi brand..byk betul bersusun..
Quote pooh~key 28-10-2016 02:37 PM
Akak tak suka bau minyak masak cap helang.
Quote ultra78 28-10-2016 03:10 PM
Inilah antara kelemahan sistem subsidi. Peniaga dan orang tengah boleh manipulasi bekalan untuk kaut untung.
Quote shamsadis 28-10-2016 04:23 PM
Sila letak nama kedai dengan muka owner nak markup
Quote Changa 28-10-2016 04:25 PM
Nanti adalah acik acik kepam.berdrama bunuh diri sebab emggan pergi mahkamah atas kesalahan sendiri
Quote Changa 28-10-2016 04:30 PM
MissMamamia75 replied at 28-10-2016 02:32 PM
Akak shoping minyak kat Jusco jer ( Aeon)..brand Aliff  and mcm2 lagi brand..byk betul bersusun..

Jujurin nya akak baharu tahu minyak masak sawit super murah, selama ini akak hanya beli minyak zaiton denhan canola jah, tapi hari tu bila minyak murni jah sebab nak letak kat rumah sewa kekdahnya.

Kalau tahu beza banyak akak beli minyak murni jah kakau takat utk buat deep fry yg guna banyak minyak.
Bimbo nya akak selama kni gigih guna mjnyak.mahal untuk deep fry  
Quote MissMamamia75 28-10-2016 04:34 PM
Changa replied at 28-10-2016 04:30 PM
Jujurin nya akak baharu tahu minyak masak sawit super murah, selama ini akak hanya beli minyak zai ...

Minyak zaitun byk khasiat & elok utk kesihatan..tp xsmua org leh suka ngan taste dia kan.kat kedai Arab blkg rumah akak..mcm2 jenis ada & murah2..

Akak guna minyak zaitun utk rebus spageti sajer..hehe..

Gigih akak beli air fryer..konon2 nak jimat minyak & masa..tapi my kids still prefer  yg goreng2 & ada minyak2 skit tu..sabo je la dibuatnya..
Quote Changa 28-10-2016 04:56 PM
MissMamamia75 replied at 28-10-2016 04:34 PM
Minyak zaitun byk khasiat & elok utk kesihatan..tp xsmua org leh suka ngan taste dia kan.kat kedai ...

Untuk deep fry dulu2 akak guna canola, olive oil u tuk menumis masak .asak.normal yg guna minyak sikit tu jah , no.more canola oil untuk deep fry lepas ini, mjnyak masak.murni jah dek. Berangan sangat kan?
Quote Maideen. 28-10-2016 05:15 PM
Changa replied at 28-10-2016 04:25 PM
Nanti adalah acik acik kepam.berdrama bunuh diri sebab emggan pergi mahkamah atas kesalahan sendiri

Hahahahaha....yang ini kelakar!
Quote letter2 28-10-2016 05:58 PM
Yg naik harga= babi.
Yg sorok barang = 2x babi
Quote kuntau 28-10-2016 06:03 PM
Edited by kuntau at 28-10-2016 06:07 PM

ketidakadilan kerajaan ni menganiaya peniaga.. Harap peniaga terjun jambatan supaya PM letak jawatan macam kat jepun..
Quote cecci84 30-10-2016 01:25 AM
naik harga, kita rakyat yg susah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.155374 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top