Di Alor Setar, seorang bapa mertua berusia 86 tahun bertindak kejam menetak menantu perempuannya yang berumur 42 tahun dengan pisau pemotong daging. Ini mengakibatkan bahagian leher dan tangan menantu tersebut cedera parah.
Memetik laporan Bernama, tragedi keluarga tersebut dibongkarkan selepas pihak polis menerima laporan daripada sebuah hospital swasta Selasa lalu, kini suspek telah ditahan dan sebilah pisau pemotong daging telah dirampas. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin, kejadian tersebut berlaku di Taman Selayang. Mangsa menghunui rumah tersebut bersama suami dan bapa mertuanya. "Mangsa tidak pasti punca ayah mentuanya bertindak sedemikian kerana ayah mentuanya tidak mempunyai masalah mental selain tidak berlaku salah faham antara mereka sebelum kejadian."
Tambah ACP Mohd Rozi, polis sedang menjalankan siasatan terhadap motif suspek bertindak sedemikian.- CARI
|
23
Bagus |
16
Marah |
16
Terkejut |
16
Sedih |
11
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT