Memetik laporan Portal Islam & Melayu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia bekerjasama dengan polis bagi menyiasat dakwaan seorang pegawainya dituduh mendera isterinya, sebagaimana yang tersebar dalam media sosial baru-baru ini. Dalam kenyataan semalam, SPRM juga berkata, kertas siasatan disiplin dibuka berikutan aduan yang dibuat oleh wanita berkenaan kepada pihak polis. “SPRM tidak teragak-agak mengambil tindakan disiplin jika pegawai terbabit didapati bersalah dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut." Sementara itu, menurut laporan Astro Awani pula, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan dua laporan polis telah diterima berhubung isu tersebut. Susulan dua laporan polis yang dibuat, kertas siasatan telah dibuka untuk memulakan siasatan.
Sebelum ini, wanita yang hanya dikenali sebagai Shahilda Fadhil menggunakan akaun Facebook memuat naik kisah penderaan rumah tangga yang dialaminya dilakukan suaminya yang didakwa pegawai SPRM. Antara lain wanita itu yang mendakwa suaminya adalah mualaf dan dalam tempoh setahun perkahwinan dia diperlakukan seperti binatang, dipukul tanpa belas kasihan. Wanita itu mendakwa dia dipukul dengan besi, perutnya dipijak ketika dia masih dalam pantang anak kedua dan dipaksa melakukan perkara yang tidak sopan terhadap anaknya. Status Facebook wanita itu kemudian menjadi viral di laman sosial hingga menimbulkan rasa marah netizen. Suspek dilaporkan telah tidak hadir ke pejabat SPRM di Segamat dan pernah mempunyai kes narkotik di Muar pada tahun 2015. Polis memandang serius terhadap kejadian itu dan sedang berusaha untuk mengesan dan menangkap saspek tersebut.- CARI |
21
Bagus |
21
Marah |
31
Terkejut |
18
Sedih |
23
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harkktuih replied at 27-10-2016 06:32 AM
akak ni ada buat report polis tak?
shanshero replied at 27-10-2016 02:29 PM
so ape kesudahanye lepas bongkar ni
CrowneGlory replied at 27-10-2016 06:40 AM
acah2 gengster taik kucing
ADVERTISEMENT