CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akaun Instagram Digodam, Nabil Tertekan Kerana Rugi RM200,000

29-10-2016 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11011| Komen: 41


sumber foto: http://www.malaysiadreamnews.com/


Ekoran akaun instagram digodam, pengacara dan pelawak popular Nabil Ahmad bukan sahaja kehilangan pengikut seramai 1.2 juta, malah mengalami kerugian hampir RM200,000 apabila kontraknya bersama beberapa produk terpaksa dibatalkan. 

Selain terkilan, Nabil mengakui masalah akaun digodam memang membuatkan dirinya agak tertekan pada permulaan kerana sebahagian daripada sumber pendapatannya diperolehi daripada laman sosial. 

Namun demikian, anak kelahiran Negeri Sembilan itu akur dengan ketentuan rezeki yang tidak berpihak kepadanya.

"Saya juga terpaksa memulangkan wang pendahuluan dan bayaran diterima daripada pengeluar produk kerana kerja promosi yang tidak sempat diselesaikan apabila Instagram digodam.Jumlah kerugian itu bukan kecil, tetapi saya reda kerana mungkin ia bukan rezeki saya." 


Sementara itu, Nabil rasa bersyukur jumlah pengikutnya semakin meningkat sehingga mencecah hampir 170,000 setelah akaun instagram baharu diperkenalkan sebulan lalu, 

Hampir sebulan akaun itu diperkenalkan, jumlah pengikutnya meningkat hampir 170,000. 

"Kebanyakan pengikut saya adalah golongan dewasa yang mempunyai kuasa membeli. Berdasarkan reaksi pelanggan, mereka berpuas hati dengan maklum balas daripada ulasan dan promosi yang saya lakukan." 

"Alhamdulillah, pengeluar produk sudah mula kembali mencari saya untuk mempromosikan barangan mereka." - CARI



12

Bagus
15

Marah
13

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supersudoku 29-10-2016 01:52 PM
kesiannyaaa..i like nabill..keep on joyahh nabill oii ..
Quote Orix 29-10-2016 02:08 PM
Dh mcm rupa geiboi gmbar nabil kt atas dgan reben merah
Quote kiah_mai_pulak 29-10-2016 02:10 PM
Padanlah muka.. Membongkak x ingat.., cash!
Quote jemahjacjon 29-10-2016 02:23 PM
Sekali imbas adalah jugak rupa topik batisah singapore ittew
Quote balakkampung 29-10-2016 03:05 PM
sapa la yg tak dak kerja godam mengodam tu...bahagia kot kalau dapat huru hara kan hidup orang...
Quote sepertiitu 29-10-2016 03:16 PM
bukan berita ni dah lame ke? ke iols yang ternaik keretapi express
Quote meow_tompok 29-10-2016 03:16 PM
Byk byk la berdoa nabil
Doa org teraniaya tiada hijab
Teruk betul org yg spam tu katanya siap offer nak jual insta lama dia
Sumber rezeki org tu
Quote babyleo68 29-10-2016 03:21 PM
sepertiitu replied at 29-10-2016 03:16 PM
bukan berita ni dah lame ke? ke iols yang ternaik keretapi express

Tula rasa nye dah lam jadi pernah baca dah, tak tau la kot kena lagi sekali ke
Quote sepertiitu 29-10-2016 03:23 PM
babyleo68 replied at 29-10-2016 03:21 PM
Tula rasa nye dah lam jadi pernah baca dah, tak tau la kot kena lagi sekali ke

khennn.. iols ingat iols ade dejavu tadi    
Quote Bumbu 29-10-2016 03:27 PM
basi
Quote fazamania 29-10-2016 03:28 PM
Ye lah tu rugi rm200k.
Ada ke org bagi deposit dulu..
Gebang je lebih ni
Quote jfq 29-10-2016 03:42 PM
Bak kata dr muhaya cer audit diri sendiri ada bayar tax tak on the income
Quote melinda_kerr 29-10-2016 03:54 PM
tk thu nk kesian ker tak
Quote Adeakukesah11 29-10-2016 03:57 PM
Rasa mcm bru je dia kekwat ngn rms psl followers dia yg bjuta tu. Kahkah
Quote doublethread 29-10-2016 03:58 PM
Semoga mati keracunan je set2 hackers dan konco2nya. However cerdik pun kalau merosakkan eloklah kau pupus dari muka bumi.
Quote babyleo68 29-10-2016 04:03 PM
sepertiitu replied at 29-10-2016 03:23 PM
khennn.. iols ingat iols ade dejavu tadi

Rase2 weolls tertinggal keretapi ke tuan tanah kedaung yang tertinggal keretapi?    TT jangan marah na... Hari deepavali tak baik marah2 tau  
Quote sepertiitu 29-10-2016 04:05 PM
babyleo68 replied at 29-10-2016 04:03 PM
Rase2 weolls tertinggal keretapi ke tuan tanah kedaung yang tertinggal keretapi?    TT jangan ...

hahahahah jahat chuols.. takpelah bagi can dekat tt bukak thread  
Quote hanisbunny 29-10-2016 04:06 PM
jfq replied at 29-10-2016 03:42 PM
Bak kata dr muhaya cer audit diri sendiri ada bayar tax tak on the income

btul tu..iols klu jd bnd gini kan, iols selalu scan blk diri sendiri...mgkn ade buat silap dkt org ke...mgkn wkt buat ot ade yg terkurang ke, maklumla manusia mmg bnyk kelemahan...so mmg selalu berbalik pada diri sendiri klu kene musibah...itu semua teguran manja ja dr yg atas sana...
Quote babyleo68 29-10-2016 04:13 PM
sepertiitu replied at 29-10-2016 04:05 PM
hahahahah jahat chuols.. takpelah bagi can dekat tt bukak thread

Baik la chuolls kalau begitu bagai dikata iolls ngundur diri nak pi makan marukku, eceh macam ade marukku umah iolls...    

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.049531 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top