|
Pelakon dan penyanyi Soo Wincci akhirnya kini bergelar seorang doktor falsafah (PhD) selepas bertungkus lumus selama lebih kurang 6 tahun dalam bidang Pengurusan Perniagaan di OUM.
Menerusi Mstar Online, Soo Wincci menyatakan rasa terharunya kerana terlalu banyak cabaran yang telah dilaluinya sepanjang tempoh pengajian, termasuk dianggap gila kerana terlalu kuat bekerja. "Saya berbangga akhirnya dapat menghabiskan pengajian selama enam tahun biarpun ada satu tahap saya rasa hampir putus asa. Ramai juga rakan menganggap saya gila kerana terlalu kuat bekerja dan membahagikan dalam pelbagai bidang. "Saya berharap dengan ijazah kedoktoran ini dapat menjadi inspirasi kepada pelajar dan selebriti lain yang mahu menyambung pengajian mereka semula," katanya. Antara perancangan selepas ini termasuklah memberi ceramah dan juga program akademik di sekolah mahupun universiti.
"Usaha saya dalam bidang akademik tidak akan putus setakat ini sahaja, lepas ini saya akan aktif memberi ceramah-ceramah di sekolah atau program akademik. "Selain itu, saya juga merancang untuk menjadi pensyarah separuh masa di universiti ini (OUM), semuanya masih dalam peringkat perbincangan," ujarnya lagi. Apa pun, tahniah buat Dr. Soo Wincci! - CARI |
|
11
![]() Bagus |
14
![]() Marah |
10
![]() Terkejut |
19
![]() Sedih |
20
![]() Lawak |
16
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.256773 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.