Susulan tali yang digunakan untuk melakukan aksi terjunan bungee terputus, seorang wanita berusia 29 tahun cedera parah terhempas dari ketinggian 42.6 meter.
Daily Mirror melaporkan, kejadian mengerikan itu berlaku di sebuah pusat terjunan di Chuncheon, Korea Selatan dan pemiliknya telah didakwa kerana 'kecuaian profesional'. Wanita yang hanya dikenali sebagai Yoo itu cedera parah di kepala, leher dan dada hingga memaksanya menerima rawatan selama sebulan di hospital. Difahamkan ketika kejadian, kebetulan teman lelakinya berada di bawah merakam aksi dia melompat dan jelas kelihatan tali bungee itu terputus mengakibatkan Yoo jatuh terhempas ke dalam air. Yoo ketika ditemu bual Korean Times berkata, tali bungee yang dilekatkan pada badannya terputus membuatkannya terus terhempas ke dalam air.
“Pemilik pusat terjunan itu menyuruh saya terjun tanpa memeriksa tali berkenaan untuk tujuan keselamatan.” Menurut jurucakap pusat terjunan itu, tali bungee berkenaan telah diketatkan namun menjadi longgar semasa wanita berkenaan terjun. Setelah memeriksa rakaman video itu polis bertindak menahan pemilik pusat berkenaan pada hari sama kemalangan tersebut berlaku pada 14 September lalu.- CARI |
23
Bagus |
14
Marah |
9
Terkejut |
13
Sedih |
18
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cknoriz replied at 7-11-2016 03:06 PM
i pernah try yg kt sunwy lgoon tu sekali best best tp tgk vid ni alamakkk seramm
lilyuft replied at 7-11-2016 03:14 PM
Tinggi x yg dkt sunway tu? Nk try tp tkut
Acik.Kepam replied at 7-11-2016 03:12 PM
selayak nya lah dek.
hadap kpop sangat kan?
ADVERTISEMENT