CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Annuar Musa Letak Jawatan Presiden KAFA

9-11-2016 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3444| Komen: 10

Tan Sri Annuar Musa, semalam meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa serta merta, lapor Bernama.


Sumber foto: Malay Mail Online


Pengumuman itu dibuat melalui akaun Facebooknya dengan memuat naik salinan surat rasmi peletakan jawatannya itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor.

"Saya berharap tugas ini (Presiden KAFA) dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana yang berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain. 

"Sejak menyandang jawatan itu pada 2008, saya sentiasa yakin pasukan Kelantan mampu mencapai apa yang orang lain capai asalkan diberikan peluang berbuat demikian," katanya kepada Bernama.


Selain menjadi Ahli Parlimen Ketereh, Annuar telah memimpin pasukan Kelantan sehingga memperoleh pelbagai kejayaan termasuk meraih Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada 2012.

Sementara itu, Datuk Nassir Hamzah, Naib Presiden KAFA, Annuar menghantar surat peletakan jawatan itu, semalam.

"Tetapi Exco KAFA belum bermesyuarat sama ada menerima atau menolak surat tersebut," katanya. - CARI


4

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • IxoraP

  • kumbang7

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mirandanicky1 9-11-2016 09:19 AM
Why oh why
Quote xy_daen 9-11-2016 09:20 AM
Selayaknya...useless bitch...
Quote kentel 9-11-2016 09:38 AM
takde fungsi...letak pun sama jua...harap presiden lepas ni lebih bagus dari kerepot...
Quote oldskul 9-11-2016 10:59 AM
alhamdulillah
Quote Nenasketum 9-11-2016 11:50 AM
Tetiba la pulak. Apa puncanya
Quote altimi 9-11-2016 12:06 PM
Bagi Takiyuddin
Quote -electrifying- 9-11-2016 12:47 PM
finallyyy
Quote sekel 9-11-2016 12:50 PM
so tak perlu nk soal jawab psl hutang & tunggakan gaji pemain
Quote nuerulcayang 10-11-2016 10:51 AM
alhamdulillah akhirnya....
Quote Bell 16-12-2016 11:00 AM
Update - 16 Disember 2016 from sinar harian.

--------------------------------------------------------------------

HANYA RM800,000. Itu gambaran sebenar kantung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) apabila jumlah penajaan yang diperolehi kini jauh daripada yang diperlukan iaitu kira kira RM15 juta bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya setakat ini hanya memperolehi penaja-penaja kecil sahaja, sekali gus menggambarkan kewangan persatuan itu  kini berada dalam keadaan sangat kritikal.

Bagaimanapun katanya, dalam mesyuarat pengurusan yang berlangsung semalam, pihaknya masih belum membuat kata putus berhubung kedudukan TRW untuk menyertai sangian  (Liga- M) musim depan, sebaliknya menyerahkan kepada Kongres  Kafa yang bakal bersidang pada 29 Disember ini.

“Daripada laporan bendahari yang dibentangkan, kita hanya ada sekitar RM700,000 hingga RM800, 000 sahaja, jumlah ini jauh daripada apa yang diperlukan.

"Oleh kerana ini perkara yang besar kita perlu membuat perkara ini ke Kongres, Exco akan mengusulkan status termasuk kemampuan kewangan, disitu kita akan buat ketetapan sama ada sertai (Liga-M) atau sebaliknya.

"Tetapi apa yang jelas kita setakat ini tidak mampu," katanya kepada pemberita.

Mesyuarat itu turut dihadiri Setiausaha Agong Kafa, Datuk Ismail Md Noor,  Naib Presiden Muhammad  Nasir Hamzah dan Datuk Rosmadi Ismail serta Bendahari, Nik Aminaldin Jaafar.

Terdahulu, Rosmadi dalam satu kenyataan sebelum ini berkata,  mesyuarat  semalam akan menjadi penentu nasib  sama ada TRW  kekal atau sebaliknya, malah tidak menolak kemungkinan menarik diri sekiranya penajaan masih belum mencukupi.

Afandi  berkata, dalam tempoh itu, usaha untuk mencari dana berterusan termasuk mendapatkan kerjasama dari pihak kerajaan negeri mahupuan pusat.

Ditanya dakwaan kerajaan negeri yang dikatakan kurang berminat untuk membantu Kafa, Afandi berkata pihak merancang mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam masa terdekat.

Beliau berkata, walaupun menghadapi pelbagai kekangan,  pihaknya tidak akan mengalah  dan menyeru kepada mereka yang berkenaan  tampil membantu TRW bagi meneruskan aksi.

Berhubung dengan status pemain Afandi berkata, latihan tetap berjalan seperti biasa sehingga ada satu ketetapan pada kongres itu nanti.

"Dari segi teknikal kita sudah mendaftarkan pasukan, itu hanya dokumentasi sahaja. tetapi ia bergantung kepada keperluan lain seperti kewangan dan sebagainya"

"Apapun selepas pada kongres kita masih ada masa untuk membuat tindakan susulan selepas keputusan dibuat, walau apa pun kita masih mengharapkan TRW masih tetap kekal," katanya.

Dalam pada itu, ditanya lanjut mengenai status penajaan jutawan kosmetik,  Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang masih mempunyai baki kontrak, Afandi berkata, pihaknya lebih bersikap berkopromi dan berbincang daripada mengambil jalan lain termasuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kita juga menucapkan terima kasih kepada pihak Sinar Harian yang meneruskan penajaan, syarikat ini terus menunjukkan komitmen untuk TRW,  berhubung dengan Chengal Jati mereka masih belum membuat keputusan,” katanya.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055592 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top