Nyanyian Fazura dalam separuh akhir Muzik Muzik 31 lepas memang telah mendapat kritikan hebat terutama dari netizen yang rata-ratanya mendakwa selebriti jelita itu langsung tidak pandai menyanyi. Malah disebabkan tajuk lagunya "Hancur Aku", hal ini menjadi bahan jenaka di laman sosial dan ada yang mengatakan "Memang hancur pun suara kau." Baru-baru ini ia menjadi kembali hangat bila Tasha Manshahar pula terkena tempias dan dikatakan telah memperkecilkan kemampuan Fazura sebagai penyanyi. Pelantun lagu "Oh No" itu dikatakan memuat naik komen 'hancur betul' di sebuah laman Instagram peminatnya iaitu @srijuju yang kebetulan memuat naik status 'Hancur...hancur...aku'.
“Semuanya hanya salah faham kerana komen ‘hancur betul’ itu memang bukan untuk Fazura dan saya pun tak tengok persembahannya. Kebetulan individu yang memuat naik gambar itu adalah ketua kepada kelab peminat saya dan komen berkenaan saya tujukan kepadanya dengan nada bergurau," katanya kepada Harian Metro. Menurut Tasha lagi, dia sendiri tidak tahu bagaimana nyanyian Fazura dalam program itu. "Kalau betul dia menyanyi tak bagus malam itu, saya tiada hak langsung mengkritiknya secara terbuka kerana saya pun penyanyi.” Tambahan lagi, Fazura adalah antara artis yang dikagumi oleh dirinya dan tidak logik jika dia mahu mengutuk penyanyi serta pelakon itu secara terbuka. Tasha sendiri telah menarik diri dari membuat persembahan lagu Ragu Ragu dengan Syed Shamim dalam program yang sama kerana terikat dengan komitmen lain. Walau bagaimanapun, Tasha telah memohon maaf jika ada yang telah terguris hati dengan komennya itu dan turut terkilan kerana ramai yang mengecam dirinya. Begitulah asam garam dunia artis, tak ada buat salah pun selalu ada sahaja yang salah faham, kan? -CARI
|
11
Bagus |
6
Marah |
3
Terkejut |
11
Sedih |
13
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT