CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Minyak Terpakai, Patut Dibuang Terus Atau Masih Boleh Digunakan?

9-11-2016 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4480| Komen: 11|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Apa akan jadi jika anda menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng berulang kali?

Apa akan jadi jika anda menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng berulang kali? Pendek kata, nak jimat punya pasal, sanggup menggunakan minyak yang sama sehingga hitam pun ada!


Masalah yang terjadi pastinya melibatkan kesihatan badan. Ini kerana kajian mendapati minyak yang diguna berulang kali menyebabkan kehadiran radikal bebas.

Bahanyanya radikal bebas ini bila ia akan bergabung dengan sel yang sihat dan akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit. 

Ini termasuklah peningkatan kolestrol jahat dalam saluran darah, sakit jantung dan tak terkecuali kanser!


Berikut merupakan antara kesan sampingan lain menggunakan minyak terpakai:


1. Asid dalam badan

2. Sakit jantung

3. Alzheimer dan Parkinson

4. Sakit tekak


Jadi, persoalannya berapa kali sahaja minyak yang sama boleh digunakan?

Pakar nutrisi Priya Kathpal berkata, tiada angka tertentu untuk memastikan minyak itu boleh digunakan berulang kali. Ini kerana ia bergantung kepada jenis minyak, berapa lama ia dipanaskan, adakah ia digunakan untuk gorengan sedikit atau bagaimana, jenis makanan yang digoreng dan sebagainya.

Walaupun menggunakan minyak baharu setiap kali adalah sangat baik, namun ia dilihat kurang praktikal. Ini bermaksud, minyak masih boleh digunakan berulang kali namun haruslah berpada-pada.

Priya memberi tips untuk anda yang ingin menyimpan dan menggunakan minyak terpakai:

Foto: Carian google
1. Pastikan minyak benar-benar telah sejuk dan masukkan ke dalam bekas yang bertutup rapat. Cara ini akan mengasingkan sisa makanan daripada minyak dengan lebih berkesan.

2. Pastikan minyak yang diguna semula tidak berwarna gelap dan tesktur yang pekat. Jika ia telah berwarna gelap dan menjadi pekat, merupakan petanda minyak tersebut harus dibuang. 

3. Jika minyak yang dipanaskan mengeluarkan asap dengan banyak lebih daripada biasa, hentikan segera penggunaannya. Ia mungkin telah mengandungi toksin yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti strok, penyakit hati dan sebagainya.- CARI 
20

Bagus
16

Marah
22

Terkejut
16

Sedih
26

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 9-11-2016 05:53 PM
Nombor 3 tu sangat membantu. Terima kasih info
Quote sherry70 9-11-2016 07:15 PM
yg elok lepas goreng ayam , ikan   terus buang , guna  sekali je . to yg saya da malas  nak menggoreng , bakar je guna oven
Quote cikkittydiva 9-11-2016 09:49 PM
aku memang x gunakan lagi minyak masak lps goreng ayam..ikan.. memang mcm sayang tapi nak buat camane x elok dah.
Quote mirandanicky1 9-11-2016 10:17 PM
Dibuang je unt elak penyakit kemudian hari
Quote Artemesiaa 9-11-2016 11:02 PM
Sekali guna je tak pernah nak ulang guna, apa pun tq atas tips yg diberikan
Quote GigaMom 10-11-2016 03:09 PM
Alahai minyak
Quote cik-jaja 10-11-2016 06:25 PM
minyak dah mahal
Quote epal21 10-11-2016 10:04 PM
ikut kata prof uk nie,olive oil is the best utk frying.tapi mahal la.even sunflower oil pun dia kata tak healthy utk frying sebab akan hasilkan banyak aldehydes yg bolh sebabkan kanser.

http://www.bbc.co.uk/news/magazine-33675975
Quote WhiskeyScotch 10-11-2016 11:48 PM
Nice info! Thank you TT for sharing.
Quote seramado 11-11-2016 10:05 AM
yeay tq for the info

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045916 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top