|
Sepasang suami isteri warga Indonesia cedera apabila diserang dan dipijak seekor gajah liar yang tiba-tiba mengamuk dalam kejadian di kawasan Ladang Perkayuan Brumas, pagi Rabu.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian kira-kira 6.15 pagi itu, kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja Ladang Perkayuan Brumas dikenali sebagai Santoko Satria, 44, dan isterinya, Susi Sudirman, 36. “Kedua-dua mangsa cuba melarikan diri, tetapi si suami dilibas dengan belalai gajah menyebabkan dia terlambung ke udara dan terhempas ke tanah sebelum gajah itu mengejar dan memijak si isteri.” Tambah beliau mangsa lelaki hanya mengalami cedera ringan, namun isterinya cedera parah di bahagian badan, tulang rusuk serta muka dan kini masih dirawat di Hospital Tawau. Beliau berkata selepas ‘mengamuk’, haiwan liar itu memasuki semula ke hutan berhampiran. - CARI
|
|
11
![]() Bagus |
14
![]() Marah |
15
![]() Terkejut |
22
![]() Sedih |
16
![]() Lawak |
17
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 12:57 AM GMT+8 , Processed in 1.059808 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.