Status yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama sebagai Syazwani Sharan telah mencetuskan pelabagai reaksi netizen. Kebanyakannya titdak bersetuju dengan pandangan terbuka yang ditulis wanita ini dan ada yang menganggap tidak masuk akal. Menurut netizen, ayat paling 'tajam' ialah "Dah tahu suami gaji RM 800- RM 1000, janganlah beranak banyak." Syazwani yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia ini turut menyenaraikan kesan-kesan kualiti hidup negatif disebabkan anak ramai.
Kesan-kesan kualiti hidup negatif: 1.Makin banyak kes kecurian/rompak sebab nak cari duit untuk tampung kos hidup yg sempit.(contoh:curi susu tin) 2.Anak membesar dalam keadaan yang tak sihat sebab kurang nutrisi akibat tak mengikuti piramid makanan. 3.Makin banyak kes sosial sbb tak sempat nak didik anak yang terlalu ramai. Disebabkan masalah beranak ramai ini, Syazwani turut mencadangkan beberapa cara untuk mengatasinya. "Kawal nafsu atau mkn ubat perancang" adalaah salah satu yang disyorkan wanita ini. Selain itu dia juga turut mencadangkan beberapa kaedah perancangan keluarga termasuk penggunaan kondom dan dan pil perancang. "Sebab tu la diorang makan nasi dan budu je tanpa lauk sebab baki baru RM200 untuk makan..amat membebankan untuk orang bergaji RM1k berkongsi makan utk 7 orang..." Pendapat peribadi yang pada mulanya dikongsi kepada orang ramai dengan tujuan memberi maklumat dan pandangan ini akhirnya menjadi viral disebabkan netizen yang tidak berpuas hati kerana ia melibatkan rezeki pemberian dari Tuhan. Namun, ada juga yang menyuarakan pandangan yang sama dan menyokong status tersebut. Apa-apa pun, siapa kita yang mahu menghalang dan menghakimi keluarga yang beranak ramai. Pokoknya apa yang penting ukurlah baju di badan sendiri dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing, okay? -CARI
|
21
Bagus |
17
Marah |
17
Terkejut |
11
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
siputsedut replied at 10-11-2016 04:31 AM
Huhu aku setuju je minah ni... cuma cara dia cakap kasar sket la.. dh tau malaysian ni sensitif bab2 ...
irwansuhadi replied at 10-11-2016 12:40 PM
aku sokong minah ni sebab:
1) kekangan hidup masa kini.
ADVERTISEMENT