CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bukan Rahsia Lagi, Pil Gugur Janin Kini Dijual Sewenang-Wenang Secara Online

14-11-2016 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11013| Komen: 28|Original author: Oleh: Adib Za


Kes pembuangan bayi dalam longkang, lubang tandas dan semak samun bukan perkara asing lagi di negara ini. Meskipun ia dilihat sebagai pembunuhan kejam, nampaknya ia tetap berlaku dari hari ke hari.


Kini nampaknya mereka yang mengandung di luar nikah ini telah mengalami 'revolusi' yang membolehkan janin digugurkan sebelum sempat dikendong sehingga 9 bulan. 

Yang mengejutkan bukannya mereka mendapatkan khidmat pakar atau golongan yang bertauliah. Sebaliknya, hanya dengan semudah pembelian online, segalanya boleh dibereskan!

Sumber foto: Sinar Harian
Itulah yang berlaku apabila khidmat menggugurkan kandungan telah dibuka secara terang-terangan menerusi laman Facebook. Sungguh berani ya! Memetik laman Sinar Harian, mereka ini boleh membeli sahaja melalui laman sosial dengan harga RM300 untuk satu sesi pengguguran. 


Bukan satu atau dua, malah berpuluh laman fanpage di Facebook yang menjual pil yang dikenali sebagai cytotec dan dipercayai mampu meluruhkan janin dari kandungan. 

Anda boleh melihat sendiri status yang dimuat naik menerusi satu laman Facebook tersebut. 


Mungkin ia bertujuan untuk menjual kepada pasangan sah suami isteri yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Namun, bagaimana pula dengan pasangan yang terlanjur dan mahu menggugurkan janin bagi mengelak rasa malu?

Adakah itu merupakan perkara yang dibenarkan? Tambahan pula, penjualan secara online tanpa pantauan yang sah ini, mendedahkan pengguna kepada risiko yang sangat besar. 

Yang peliknya, semua 'langkah satu persatu' telah diberikan melalui laman Facebook. Seolah-olah sesi menggugurkan bayi adalah sesuatu yang mudah, tiada risiko dan hanya seronok-seronok!

Apa pendapat anda tentang isu ini? Penjualan pil menggugurkan janin secara terang-terangan? - CARI 
14

Bagus
27

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
38

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 14-11-2016 07:43 PM
Edited by hasniey at 14-11-2016 07:47 PM

tp kalo jd baby pon diorg buang kt longkang, tong smpah
Quote Andyscenes 14-11-2016 08:04 PM
better bg aku baby tu drpd gugur n buang.
Quote susukambingbest 14-11-2016 08:46 PM
gilerrr bkn stkat masalah sosial brleluasa. jnayah pun brleluasa. pil satu set 300, kna guna 2 set. klu xmampu mgkin pakwe yg sengkek sggup mncuri, jual dadah dll. moga pnjual tu kna tgkap skli.
Quote fishcracker 14-11-2016 09:28 PM
kalau jdik student kat aussie bole je buat abortion free of charge,tapi iol lupa kat klinik atau sepital
Quote mdhelmi 15-11-2016 08:35 AM
beli nenas lagi murah
Quote xtravaganza 15-11-2016 09:29 AM
susukambingbest replied at 14-11-2016 08:46 PM
gilerrr bkn stkat masalah sosial brleluasa. jnayah pun brleluasa. pil satu set 300, kna guna 2 set.  ...

Dunia zaman skrg.. aku rs dr snapshot whatsapp tu mcm bdk2 lg je.. takut mak dgr la.. xtakut tuhan ke? Aku pon hrp org yg main jual sesuka hati pil ni kna tgkp..sumbat je dlm penjara
Quote leylapple 15-11-2016 09:30 AM
bgs la....

telan byk2 ubat tu supaya rahim tu terus malfunction sampai bila2

supaya takkan ada generasi pelapis yang bimbo mcm maknya
Quote LautBiru52 15-11-2016 10:01 AM
Diorang ni tak takut risiko tumpah darah ke ape ke kan..takutnya
Quote Star_el 15-11-2016 10:29 AM
kt forum ni pun slalu kan ada jual ubat aborsi
Quote -electrifying- 15-11-2016 12:24 PM
senangnya hidup hang, creet2 je keje... sok lusa bf tinggalkan hang, lepas tu cri jntan lain terima ko seadanya
Quote nononcrux 15-11-2016 02:22 PM
leylapple replied at 15-11-2016 09:30 AM
bgs la....

telan byk2 ubat tu supaya rahim tu terus malfunction sampai bila2

jgn nanti dah kawen sah mengadu domba dlm KRT menyesal dgn tindakkan dulu gugurkan kandungan dan sehingga kini masih tak dikurnikan zuriat
Quote yprat 15-11-2016 04:24 PM
Aku rasa nih lagi elok, drpd dapat anak pastu buang kat tong sampah, atau worse, anak tuh dibesarkan dalam environment yg x elok dan terabai. Bila mana besar kang jadi sampah masyarakat, menyusahkan org atau jadi penjenayah.

Tapi of cos la yg paling elok ialah jgn buat langsung, tapi manusia kan, mesti ada nafsu punya, lagi2 nafsu nak tut sgt susah nak tahan.
Quote cknoriz 15-11-2016 07:00 PM
aku fobia dgn ubt tu gila scaryyyyy....
Quote cknoriz 15-11-2016 07:03 PM
percaya la ubt tu sure akan menyebabkan tumpah darah....mau sebaldi dua darah mencurah ko sanggup? lps tu x sure rahim betul2 bersih or tak..kecuali pi scan kt doc
Quote biJOU.la 15-11-2016 10:34 PM
Branak luar nikah kena kecam..gomen bising bila statistic naik. Tebunting kendian nak branak xdek org nak bantu bebudak ni.. sume nak kecam cam diri tu bagus sangat. Worst case bila baby kena buang dlm longkang ke tong sampah ke kerat2 tauk dlm jambann! Ubat ni some way to avoid this kinda shit happens la. Apeeee pon tak bleyyy. Napsu tetap ada gak.. iman yang payah nak do cari tuuu
Quote dani-rox 15-11-2016 10:41 PM
lain kali ringankan molot soh boipren pakai kondom, kalo dia tak mahu takyah kangkang. dah termengandung, satu kerja lg nak cari pil gugur la, makan nenas la, korek2 dgn hanger la...
Quote MekArchana 15-11-2016 11:20 PM
Eeee iols baca pun dah seram.

Quote lady_bonia 16-11-2016 01:57 AM
Iols ada ank pompuan..so skeri tgok perangai budak2 skg...
Quote boylondonn 16-11-2016 12:02 PM
Betul ke ni??

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.150720 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top