CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buah Tidak Laku Dijual, Pemilik Kebun Merayu Pelancong Makan Percuma

15-11-2016 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12998| Komen: 120


“Tolonglah datang, makan percuma pun tak apa. Saya sedih tengok buah buruk begitu sahaja, nak jual pun tak laku, lambat laun jadi baja.”


Demikian rayuan Ramli Che Ngah, seorang pemilik kebun di Lubuk Stol, Kelantan yang memiliki sebuah kebun berkeluasan 1.6 hektar itu mempunyai 100 pokok rambutan, 20 pokok rambai, 150 pokok dokong dan selebihnya petai.

Memetik laporan Sinar Online, Ramli memaklumkan dia terpaksa merayu agar pelancong datang ke kebunnya dan makan buah secara percuma berikutan ribuan pokok buah yang terdapat di kebunnya terbiar lama dan tidak laku untuk dijual. 

Tambah Ramli, sebelum ini dia telah cuba untuk menjual buah-buahan di kebunnya itu, namun terkejut apabila pihak pembeli hanya mahu membeli dengan harga 10 sen sekilogram.

“Kalau nak beli dengan harga 10 sen, tapi saya perlu tanggung upah panjat pokok sebanyak 30 sen, lebih baik saya sedekah buah-buahan ini pada penduduk kampung.”


Kalau dibiarkan begitu sahaja, hampir separuh daripada buah itu maka kena merayu kepada para pembeli untuk makannya secara percuma.

Sehubungan itu, Ramli turut memohon Jabatan Pertanian atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membantu penduduk untuk memasarkan buah-buahan tempatan ke pasaran luar negeri.- CARI



Foto: Sinar Harian

2

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • ayuminnur

  • pocongkiutss


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu 15-11-2016 06:19 PM
Jauh sangat lah encik..try bawak pakai lori ke KL nih. .bagi percuma x sampai sejam abis
Quote sebu 15-11-2016 06:20 PM
CARI-LTS replied at 15-11-2016 06:11 PM
“Tolonglah datang, makan percuma pun tak apa. Saya sedih tengok buah buruk begitu sahaja, nak jual ...

Nanti ada orang dtg bawak lori ambil pree. .pas tu jual kat bandar
Quote cknoriz 15-11-2016 06:34 PM
siannyaaa....
Quote ninja boy 15-11-2016 06:36 PM
rambai x brapa org nak makan
Quote missinpiece 15-11-2016 06:41 PM
Sian buah x habis mkn. Kg me dah x nampak rupa buah coz sume pemalas nak jage
Quote exclusive_vvip 15-11-2016 06:48 PM
Ni kalu geng2 indon dengar ni, harus diorg datang bawak guni berguni2...member i penah  citer, bapak dia pelawa pekerja indon kat kampung dia amik rambutan kat pokok umah diorg kalu nk makan, esoknya indon2 tu datang bawak guni petik rambutan...sampai bapak dia terpaksa tegur jgn amik banyak sgt sbb anak cucu dia balik kampung nk makan juga...lawak btol la indon2 ni...bg betis nk peha pulak
Quote cmf_conan 15-11-2016 06:54 PM
“Kalau nak beli dengan harga 10 sen, tapi saya perlu tanggung upah panjat pokok sebanyak 30 sen, lebih baik saya sedekah buah-buahan ini pada penduduk kampung.”


Kalo ko sedekah.. sapa yg tukang panjat??
Sapa nak buah kena panjat sendiri gitu??
Dah ada orang nak beli, xnak pulak..
tamak sgt duit.. sudahnya buah busuk, apa pon tak dapat..
Quote MakcikKerepek 15-11-2016 07:01 PM
cmf_conan replied at 15-11-2016 06:54 PM
Kalo ko sedekah.. sapa yg tukang panjat??
Sapa nak buah kena panjat sendiri gitu??
Dah ada o ...

Kalau dia jual dia rugi 20sen.sbb kos memanjat 30sen bg 1kg..meniaga apa kalau rugi gitu? Itu yg me faham la.
Quote Tapayana 15-11-2016 07:02 PM
10 sen per kg ? yarobi ! murahnya.

tp awat harga buah skrg mahal nak mampus ?

sian pacik ni. dia pun nak bg upah ke pekerja dia jgk
Quote beautifulliar 15-11-2016 07:04 PM
ninja boy replied at 15-11-2016 06:36 PM
rambai x brapa org nak makan

Rambai sedap buahnye memang jarang orang mkn..tp sume duk pakat ambik kulit rambai tu buat masak sayur kuah lemak..hat kaler putih tu..sedap gile.kat kl takde.sayur kulit rambai ni pemes klo belah pantai timur.menjejes air liur.org tua-tua punya resepi kulit rambai tu lepas dibuang isi buah,deme rebus ngn garam sket..lps tu toskan air and ramas2 kasik air masam kulit rambai tu keluar..pastu baru buat msak sayur kuah lemak tu ngn santan.mcm sayur kobis sedap.
Quote cmf_conan 15-11-2016 07:08 PM
MakcikKerepek replied at 15-11-2016 07:01 PM
Kalau dia jual dia rugi 20sen.sbb kos memanjat 30sen bg 1kg..meniaga apa kalau rugi gitu? Itu yg m ...

ye la.. kalo die suruh orang dtg amik.. kira2 nak sedekah pon..
org yg nak buah tu kena amik sendiri ke? panjat sendiri ke?
10sen pon dpt jugak la something dr xdpt apa langsung, buah busuk sume.

Quote boyagombak 15-11-2016 07:08 PM
cmf_conan replied at 15-11-2016 06:54 PM
Kalo ko sedekah.. sapa yg tukang panjat??
Sapa nak buah kena panjat sendiri gitu??
Dah ada o ...

Bro kalau meniaga balik modal masih okey lg. Namun sapa menega nak rugi. Peraih nak ambik sekilo saploh sen. Sebaliknya upah panjat 30 sen sekilo. Dah rugi buta2 20 sen. Kalau camtu lebeh baik dibiarkan shj. Sapa nak makan free pandai2 la panjat. Takkan owner nak huluq buah depan pintu rumah. Manyiak canteklo itu maciam
Quote cmf_conan 15-11-2016 07:11 PM
boyagombak replied at 15-11-2016 07:08 PM
Bro kalau meniaga balik modal masih okey lg. Namun sapa menega nak rugi. Peraih nak ambik sekilo s ...

serius aku tak paham.. dr biar buah membusuk.. rugi sikit pe salahnya.. bagi aku laa...

Quote Orix 15-11-2016 07:14 PM
bukan ore kelate pndao niaga ke.. kalo kt KL ni laku sungguh
Quote tripleid 15-11-2016 07:30 PM
pandai kan kementerian pertanian buat keja..buah imppot siam buat masuk bnyk2 jual kt klcc smpai 7,8 ringit skilo,smpai buah2 lokal xde harga ujong2 jd baja tanah jah
Quote TuntungReturn 15-11-2016 07:32 PM
dokong mmg harga jatuh,dlu sekilo aku igt belas2. skrg 4 kg rm10.... aku rse buah yg aku tgk stabil dri harga adalah mempelam.
Quote TuntungReturn 15-11-2016 07:35 PM
kalau dia tanam ubi kayu pun ok. pasaran ubi kayu x penah ckup oooo.. lgik satu kelapa. kelapa pun selalu x ckup bekalan
Quote sabbath_shalom 15-11-2016 07:37 PM
FAMA ni memang gagal...hujung2 FAMA pon terpaksa jual kepada pemborong Cina.
Quote eyansss 15-11-2016 07:46 PM
cmf_conan replied at 15-11-2016 07:11 PM
serius aku tak paham.. dr biar buah membusuk.. rugi sikit pe salahnya.. bagi aku laa...

kalo bagi free, tak melibatkan kerugian duit langsung... pepandai la koranv panjat... kalo jual, dia rugi 20 sen... tu pemahaman aku...

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.079740 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top