Jika sebelum ini, heboh diperkatakan tentang ibu bapa memberi komen dan tidak berpuas hati melihat pelajar didenda duduk atas jalan tar.
Kisah terbaharu ini juga apa kurangnya. Seorang netizen berkongsi kisah menerusi laman Cikgu Share bagaimana kehidupan seorang guru dan pensyarah pada zaman ini begitu berbeza. Berbeza kerana sikap pelajar itu sendiri dan juga bagaimana ibu bapa dilihat begitu sensitif bila anak mereka disentuh. Kisah yang satu ini memperlihatkan bagaimana seorang guru ditegur memperhambakan anak murid bila meminta pelajar itu memadam papan hitam. Adakah ia satu perkara yang boleh diterima logik akal? Baca perkongsian tersebut: Sebuah lagi kisah, seorang rakan saya yang bertugas di sebuah sekolah (bukan sekolah saya) menceritakan bagaimana dia ditegur kerana menyuruh anak didiknya memadam papan hitam. Ditegur supaya tidak menyuruh anak muridnya lagi melakukan sedemikian. Anak didik bukanlah orang gaji. Anak didik bukanlah orang suruhan. Anak didik adalah pelanggan kita. Sejak itu, menjadi titik noktah. Dia serik. Tentu tuan pernah menonton video yang viral bagaimana sekolah di Jepun yang mana anak didik yang menyapu lantai dan membersihkan kelas mereka. Jepun negara maju kot! Ini sebuah cerita di sekolah jiran, yang pada suatu hari seorang guru lelaki menegur seorang anak didiknya tentang disiplin. Menegur sahaja bukan menghukum atau mendenda malah bercakap pun dengan nada yang biasa. Selepas itu, satu bahagian kereta guru itu dikopak, digores dan dicalar teruk. Guru itu menemui kembali anak didiknya itu. “Kalau saya tahu awak mahu berbuat sesuatu dengan kereta saya, baik saya berikan awak terus duit daripada poket saya. Ambillah duit saya sekarang.” Satu sindiran tentang bagaimana guru sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana mengikut undang-undang, guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman ataupun denda kepada pelajar. Jika mengenakan hukuman fizikal, guru akan dipertanggungjawabkan. Jika guru menegur, maka semua kereta habis digores satu demi satu. Maka, apakan daya zaman sudah berubah. Maka, beralihlah mereka ke alam dewasa di IPT dengan keluhan rakan saya yang bertugas selaku pensyarah itu. Rakan saya itu sungguh terkejut menerima whatsapp yang bertanya: “Tuan datang tak kelas pagi ini ?” Sedangkan kita dahulu, menunggu 10 hingga 15 minit selepas jam 8 pagi. Ternanti-nanti jika pensyarah itu datang atau kelas dibatalkan sebaliknya tanpa diberitahu. Jika dahulu, tidak hadir berhari-hari ke sekolah maka datanglah seorang guru yang menanyakan kisah mengapa tidak hadir. Namun, zaman sekarang, guru datang menanyakan sudah berminggu-minggu tidak hadir. Datang menjemput anak didik ke sekolah dengan motor yang dibawa guru tersebut. Esoknya, anak didik itu tidak datang juga. Lusanya tidak datang lagi. Guru itu datang lagi sekali. Ayahnya yang melengkar lagi belum bangun dari tidur, terpisat-pisat selamba menjawab. “La, saya ingatkan cikgu nak ambil anak saya hari-hari lepas ini” “Cikgu, kalau nak anak saya datang awal sangat, cikgu buatlah asrama di sekolah itu ya” Begitulah antara yang peristiwa yang hadir menjengah dalam minda saya apabila menceritakan tentang zaman sudah berubah. Klise sungguh apabila mereka menggunakan frasa sebegitu. Zaman sudah berubah, cikgu Zaman tuan-tuan belajar dahulu bagaimana ya? Pernah atau tidak dirotan, dijemur, ketuk ketampi atau apa sahaja yang tidak boleh dilakukan sekarang. Apatah lagi duduk di atas lantai tar? Zaman kita-kita dahulukan. Saya pun pernah ditampar oleh ayah saya sendiri yang juga ustaz di sekolah saya di sekolah rendah dahulu. Oh ya, satu hari saya pernah menghadiri sebuah bengkel di sekolah berasrama penuh di selatan daerah saya. Ya, sekolah berprestasi tinggi. Sedang saya memarkir kereta saya, saya melihat sekumpulan anak-anak didik bertuah ini sedang berjalan itik di atas padang sambil diperhatikan gurunya. Tangan di belakang. Turut perintah sungguh. Untuk pengetahuan, cikgu itu guru wanita. Harus menuntut ilmulah daripadanya. Ya, kenangan yang amat dekat di hati. Zaman saya didenda sebegitu. Tersenyum saya melihatnya. Mendengar kata sungguh anak-anak didik itu akan hukuman itu. Dan, begitu beraninya dan tegarnya guru itu. Tak takutkah dipersoalkan kredibiliti hukuman sebegitu?. Kalaulah saya gemarkan memviralkan sesuatu dan suka dengkikan orang lain, saya akan ambil video kejadian itu dan sebar luaskan. Saya akan buat caption paling win. “Guru denda pelajar sehingga pengsan. Tidak dibenarkan makan. Berjalan itik sehingga lewat petang” Sudah tentu ayat itu tidak sekemas ayat saya dengan singkatan perkataan yang disukai orang sekarang. Namun, saya tidak melakukannya kerana saya seorang guru. Hanya guru yang memahami dunia seorang guru. Cabaran dan getir hidup dijalani menjadi seorang guru mendidik yang zamannya sudah jauh berubah sama sekali. Sekalipun yang dilakukan itu sebenarnya untuk niat apa sebenarnya. - CARI |
21
Bagus |
14
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
17
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 15-11-2016 07:24 PM
Abes tu skarang sapa yg sapu lantai dlm kelas?
Dulu2 kena ada duty roster
Skang, cikgu kelas kne d ...
missinpiece replied at 15-11-2016 06:34 PM
Bkn kt skolah je.. Kt tempat kerja pon dh xde budaya menghormati @ memuliakan sesama insan
WajibulGhunah replied at 15-11-2016 08:01 PM
Kann!! Duty roster
Lgpun balas la jaga cikgu tu atleast tolong padamkn papan putih
pearl.silver replied at 15-11-2016 07:24 PM
Abes tu skarang sapa yg sapu lantai dlm kelas?
Dulu2 kena ada duty roster
Skang, cikgu kelas kne d ...
LautBiru52 replied at 15-11-2016 08:54 PM
Rugi la budak2 zaman skrg ni..kite dulu kemain berebut la tlg cikgu..rase bangga bukan kepalang dpt ...
ADVERTISEMENT