CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Sukar Untuk Mencari Makanan Halal Di Korea? Set Kupon ‘Halal Restaurant Week’ Sedia Pelbagai Maklumat

16-11-2016 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7218| Komen: 10|Original author: Kandungan Tajaan

Korea menjadi antara lokasi wajib dan pilihan pelancong Malaysia khususnya sebagai destinasi percutian. Selain terkenal dengan keindahan istana dan budaya tradisional yang unik serta muzik K-pop dan drama Korea yang menarik, negara itu juga popular dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong Muslim.




Walau bagaimanapun, pasti ramai pelancong Muslim merasakan ianya seperti suatu cabaran untuk mencari makanan halal di ‘negara orang’.

Jangan gusar kerana Organisasi Pelancongan Korea (KTO) kini menganjurkan program ‘Halal Restaurant Week’ yang bermula pada 1 November, sehingga 10 Disember 2016, untuk memberi pelancong Islam maklumat terkini berkenaan restoran mesra Muslim di seluruh negara.


Dalam usaha Kerajaan Korea untuk menjadikan negara yang mesra Muslim, Minggu Restoran Halal ini dilihat mampu memenuhi keperluan pelancong Muslim.

Apa yang menariknya, sempena program ini satu set kupon akan diberikan kepada pengunjung Muslim yang menyertai kempen ‘Discover Korea Your Way’ (DKYW) di Korea Plaza di KL. Jangan risau, kepada yang bukan Muslim pun boleh mendapatkannya.


Set kupon ini menyediakan maklumat mengenai 136 restoran halal dan mesra Muslim di beberapa kawasan di Korea. Secara tak langsung, amat memudahkan perjalanan pelancong Muslim ke sana!

Kebanyakan dari restoran itu pula menawarkan pelbagai promosi seperti diskaun harga, menu halal istimewa, majlis 1+1, dan hidangan sampingan. Malah, pelbagai hadiah percuma hebat turut diberikan seperti minuman diperakui Halal (Korean rice punch, Sikhye).

Dengan menggunakan kupon ini, pelbagai peluang dan hadiah percuma boleh dimenangi peserta, selain berkongsi pengalaman mereka di laman sosial.

Selain itu, KTO juga telah memperkenalkan klasifikasi rasmi untuk 136 restoran mesra Muslim di seluruh Korea bagi memudahkan pelancong Muslim mencari makanan ketika berada di Korea. Lihat jadual di bawah:





Peningkatan Jumlah Ruang Solat
Bagi memenuhi keperluan menunaikan solat, lebih banyak tempat solat  dibina di kawasan tarikan pelancong seperti Pulau Nami, Lotte World, COEX Mall dan K-Style Hub, sebuah pusat informasi pelancong oleh KTO di Seoul. Selain Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan Gimhae.





Pelancaran Aplikasi 'HalalKorea'
Aplikasi HalalKorea ini menghubungkan pelancong Muslim dengan pelbagai kemudahan Halal di Korea. Aplikasi ini dicipta untuk memberi informasi seperti waktu solat dan  kiblat, serta tempat untuk mendapatan makanan mesra Muslim.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah muat turun tiket pertukaran dan tebus kupon itu di Incheon atau Seoul.


Bagaimana Nak Tebus Set Kupon ini?

1.Kepada ahli Kelab Kaki Korea yang akan berkunjung ke Korea dalam tempoh program berlangsung, anda akan menerima kupon Halal Restaurant Week secara PERCUMA apabila anda menebus Discover Korea Your Way di Korea Plaza, Menara Hap Seng, KL. Set kupon ini turut  diberikan kepada pelancong bukan Islam atas permintaan.

2.Jika anda sudah menebus kupon DKYW ini, sila lawati Korea Plaza semula dan tunjukkan Kad Pengenalan berserta jadual penerbangan untuk menebus set kupon ini (sementara stok masih ada).

3.Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu Restoran Halal, sila layari:  www.visitkorea.com.my/event.


31

Bagus
35

Marah
29

Terkejut
34

Sedih
26

Lawak
45

Bosan

Friends Rank (200 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 16-11-2016 07:27 PM
nak kupon tu...tp duit nk beli tiket flight xd lg la...
Quote merrissa 19-11-2016 01:52 AM
lambakan muslim di korea.....korea pon ader koreaxit tak?hehehhee

tapi bestnyaaa...leh la p korea lagi kelak....takyah penin dah carik makanan halal....wohooo
Quote God_Eater_6 19-11-2016 03:17 AM
Halal Korea sama halal jakim?
Quote FanTasyCreaTioN 19-11-2016 03:33 AM
Best nyer lebih-lebih lagi kalau d sertakan kupon potongan setengah rega flight ke Korea
Quote FanTasyCreaTioN 19-11-2016 03:34 AM
God_Eater_6 replied at 19-11-2016 03:17 AM
Halal Korea sama halal jakim?
sama

Sorry, your post is shorter than 10 bytes.
Quote dodolgemok 19-11-2016 06:55 AM
Ni isu semasa ke? Wartawan cari yg berada si level berbeza pon xtau beza isu semasa dan iklan? @spiderman80 @Muntz
Quote Pajeri_Nenas 19-11-2016 12:29 PM
Makanan Korea setaraf cat food.ewwew
Quote lopyn 19-11-2016 11:42 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote matchstick 5-12-2016 03:39 PM
Makanan korea cantik warna warni nmpk sihat..tp org kata rasa x seindah rupa eh
Quote puteri_lz 6-3-2017 01:45 PM
Thank you for info

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.039980 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top