CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Ini Saman ZARA, Gara-gara Jumpa Bangkai Tikus Dalam Pakaian

16-11-2016 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6709| Komen: 40

Seorang wanita mengemukakan saman terhadap syarikat fesyen terkemuka Sepanyol, Zara selepas menemukan bangkai seekor tikus yang dijahit pada pakaiannya.

CNN melaporkan, wanita dari New York itu, Cailey Fiesel memaklumkan dia membeli dua helai pakaian dari kedai pakaian itu di Greenwich, Connecticut pada Julai lalu sebelum menyedari bau busuk ketika pertama kali memakai pakaian tersebut untuk ke tempat kerja.

Difahamkan pada mulanya Fiesel menyangka pakaian tersebut bermasalah tetapi kemudian menyedari kaki bangkai tikus yang terjulur keluar antara bahagian jahitan manakala seluruh badan haiwan itu terperangkap di bawah rentasan kain.

Selain itu, Fiesel mendakwa dia turut mengalami ruam yang berpunca akibat penyakit tikus seperti yang disahkan oleh doktor.

Jumlah saman tidak dapat dipastikan tetapi wanita itu mendakwa pakaian terbabit menyebabkan mentalnya terganggu dan kesakitan pada bahagian fizikalnya.

Sementara itu, Zara menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menyedari saman tersebut dan siasatan berhubung kes berkenaan masih dijalankan.

“Zara USA mempunyai peraturan kesihatan dan keselamatan yang ketat. Kami komited dalam memastikan kesemua produk yang dihasilkan mengikut keperluan yang ditetapkan,”  jelas kenyataan itu.- CARI

sumber foto: http://www.huffingtonpost.com/

sumber foto: http://www.huffingtonpost.com/

17

Bagus
28

Marah
13

Terkejut
18

Sedih
16

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batman_2007 16-11-2016 05:29 PM
Zara is my fave too
Quote tripleid 16-11-2016 05:29 PM
brand aje asal spain..tp kilang kat china,banglades.selayaknyalah
Quote intan_smsb 16-11-2016 05:30 PM
cantik wanita itu
Quote kuewTiau 16-11-2016 05:34 PM
uishhh..tikus tu.
Quote WhiskeyScotch 16-11-2016 05:36 PM
Ish jijik. Boleh kena kencing tikus!
Quote -electrifying- 16-11-2016 05:59 PM
hai awokkk... huhuhu
Quote mirandanicky1 16-11-2016 07:17 PM
Huishhhhh nayaaaa but i love zara so much
Quote holothurian 16-11-2016 07:19 PM
eiiii,yuckk
Quote FARRAZOOL 16-11-2016 07:26 PM
Harus brbau kepam n busuk baju tu
Quote GigaMom 16-11-2016 07:37 PM
Jahit sambil tutup mata ke apa ni
Quote merrissa 16-11-2016 07:38 PM
saman jangan tak samannnn
Quote lasagnaklcc 16-11-2016 08:13 PM
Mcm lambat je tikus tu membusuk
Quote susukambingbest 16-11-2016 08:19 PM
hmmmmm fishyyy
Quote prettyuglybabe 16-11-2016 08:28 PM
kasihan tikus tu..
ni jenis beli baju tak cuci terus pakai la ni ye
Quote fezy 16-11-2016 08:58 PM
takkan time beli xde bau?
Quote selipar_hijau 16-11-2016 09:00 PM
Elok wanita tu
Quote umbut 16-11-2016 09:12 PM
tripleid replied at 16-11-2016 05:29 PM
brand aje asal spain..tp kilang kat china,banglades.selayaknyalah

Betul.. brand asal europe, oversea.. tapi made in china, bangladesh for that brand.hauk
Quote FanTasyCreaTioN 16-11-2016 09:14 PM
sian tikus tu

dah la kena jahit
kena kutuk lagi

Quote tripleid 16-11-2016 09:18 PM
umbut replied at 16-11-2016 09:12 PM
Betul.. brand asal europe, oversea.. tapi made in china, bangladesh for that brand.hauk


semua jenama yg ummah bangga2 konon branded europe,us bagai tu semua made in china sis..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.239834 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top