CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Murid Makin Bijak, Puas Hati Dengan Keputusan UPSR" - Khair

17-11-2016 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5477| Komen: 20

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini menyaksikan seramai 4,896 calon peperiksaan mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil.


Walau bagaimanapun menurut kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan dengan tahun lalu kerana kaedah pelaksanaan kurikulum dan dan format peperiksaan adalah baharu.

"Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan UPSR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tetapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran." 

Sumber Foto: mypt3.com
Menurut laporan Harian Metro, sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A,B dan manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D.


Selain itu, Khair berkata, pencapaian calon mendapat maksimum 1B ialah 8,345; minimum 2B (35,752); minimim 1C (91,366): minimum 1D (152,825); minimum 1E (137,262); semua E (9,519) dan lain-lain kombinasi (817).

Seramai 452,721 calon mendaftar menduduki peperiksaan UPSR, dengan 443,677 (98 peratus) calon sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan 9,044 (2 peratus) calon sekolah swasta. -CARI

19

Bagus
26

Marah
24

Terkejut
37

Sedih
23

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (154 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 17-11-2016 11:59 AM
2.1% semua "E" la bahloullll.

Puas hati?

Haramjadah.
Quote TuntungReturn 17-11-2016 01:27 PM
dgr ramai mak pak x puas ati.
Quote mokcikKSKB 17-11-2016 02:14 PM
kasibiman replied at 17-11-2016 11:59 AM
2.1% semua "E" la bahloullll.

Puas hati?

Yg dia kesah byk mana A ja. Yg byk e c d dia tak kesah
Quote mamapea 17-11-2016 02:27 PM
kesian budak2...makin lama makin teruk...
Quote monxys 17-11-2016 02:29 PM
makin lama makin susah kot soalan
Quote fatehana 17-11-2016 02:45 PM
Sian kat anak2 yg ambil upsr tahun ni, tgk muka diaorg td rs nk peluk sorg2
X blh lupa dialog anak kwn pd ayahnya
Ayah kecewa ke abg ngah x dpt 6A dan si ayah jwb tak kecewa tp bangga sbb ayah pun tak tentu lg blh dpt keputusan mcm ni
Apa pun tahniah buat arief irfan siti sabrina, shabil dan adam utk kejayaan hr ni walau bukan 6A tp korang dah buat yg terbaik
Quote kasibiman 17-11-2016 03:11 PM
mokcikKSKB replied at 17-11-2016 02:14 PM
Yg dia kesah byk mana A ja. Yg byk e c d dia tak kesah

tu la pasal.

Itu yg gred semua "E".

KAlu dah bahasa pon fail apa harapan nak belajar kat sekolah menengah? Lepas tuh komen "puas hati dgn keputusan".

Hangen tol aku baca. Itu adalah 9,519 anak bangsa utk tahun ini saja yg nampak gayanya mmg tercicir.

Quote mokcikKSKB 17-11-2016 03:20 PM
kasibiman replied at 17-11-2016 03:11 PM
tu la pasal.

Itu yg gred semua "E".

Sedih yg xbrape pandai ni bakal dicicirkan  
Quote honeybee1802 17-11-2016 05:25 PM
mokcikKSKB replied at 17-11-2016 03:20 PM
Sedih yg xbrape pandai ni bakal dicicirkan

Pegi pada skill je la dekkk..
Quote Kerangbusuk 20-11-2016 07:12 AM
kesian kat adik2.. susah merasa A..
Quote kecimpret 20-11-2016 07:18 AM
Upsr je punnnnn


Ramai je upsr fail tp spm 9A
Quote monyet_2015 20-11-2016 07:26 AM
menurut laporan Harian Metro, sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A,B dan manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D.

wartawan alaf baru sekarang ni semakin bercelaru minda....
Quote stingerattacks 20-11-2016 07:30 AM
mokcikKSKB replied at 17-11-2016 03:20 PM
Sedih yg xbrape pandai ni bakal dicicirkan

Boleh sajork jadi Menteri macam Ahmad maslang.....kat Malaya ni kau tak perlu wisau le.....
khennn?

Wakakakakaka
Quote sarahmirza 20-11-2016 07:43 AM
kasibiman replied at 17-11-2016 03:11 PM
tu la pasal.

Itu yg gred semua "E".

Result semua E tak dapat naik form one ke?
Quote zehra2 20-11-2016 07:51 AM
sarahmirza replied at 20-11-2016 07:43 AM
Result semua E tak dapat naik form one ke?

Naik laa. 8F pt3 pun naik form 4...
Cuma dinasihatkan ke skolah vokasional. Tp kalo dia nk kekal.. bg elektif yg sesuai.
Kot kt skolah kami.. masuk kelas arca dan kimpalan.. welding semua tu

Kot 5E upsr.. subjek KH dah ditukar kpd dua. ICT dan RBT.. yg 5E ni ambik RBT... subjek2 lain sama je... tu psl cgu2 semua naik sasau nk mengajar..dari 5E.. tu tk ndak ler jd 8F
Quote sarahmirza 20-11-2016 08:01 AM
zehra2 replied at 20-11-2016 07:51 AM
Naik laa. 8F pt3 pun naik form 4...
Cuma dinasihatkan ke skolah vokasional. Tp kalo dia nk kekal. ...

Budak 5E kalau tak tau membaca, menulis & mengira boleh la kita kategori lemah.
Bagi yang mampu kuasai 3M tu, bagi I minat untuk belajar tu yang perlu dipupuk.
Kadang cikgu ajar bosan, cikgu tak pandai tarik minat orang ditambah pula kesedaran pelajar tu sendiri nak bersungguh belajar agak tipis.
Setuju je dengan kelas kemahiran bagai tu.
Quote kasibiman 20-11-2016 09:06 AM
zehra2 replied at 20-11-2016 07:51 AM
Naik laa. 8F pt3 pun naik form 4...
Cuma dinasihatkan ke skolah vokasional. Tp kalo dia nk kekal. ...

Intipati kegusaran wak kasi itulah.. taknak la 5E jadi 8F.
Quote Changa 20-11-2016 09:14 AM
Selayaknya lah dengan bebudak bimbo ini. Sekarang senang sikit nak differentiate budak bodoh dengan yang betul cerdik, dulu ramai a sebab dok hafal jawaban jah bukan sebab otak cerdik
Quote kerunai 20-11-2016 09:18 AM
yg bodo makin bodo

yg pandai makin pandai


bertabahlah dan terus makan dedak

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.076074 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top