CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Makan Kerang, Tapi Leceh Nak Cuci? Cuba 7 Petua Ini!

17-11-2016 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12578| Komen: 41|Original author: Oleh: Maly Rosli

Kerang memang diminati ramai terutama kerang rebus atau kerang bakar. Pasti ralit makan sehingga tak ingat dunia.



Namun, nak makan kerang ni ada cabarannya iaitu cara nak membersihkannya. Kalau tak betul cucinya ataupun tak cuci sebersih-bersihnya, memang banyak lagi lah kerang yang masih berlumpur.

Sebenarnya, ada beberapa cara mudah untuk mencuci kerang ni. Mari lihat apa dia caranya:


1. Pelepah pisang
Basuh dahulu kerang di bawah air mengalir bagi membuang pasir. Kemudian, masukkan kerang ke dalam bekas bersesuaian. Selepas itu, sental je kerang dengan pelepah pisang dan sedikit daunnya.




2. Garam dan ais
Rendam kerang dalam air yang dicampur ais dan garam sambil mencucinya dengan teliti. Garam berfungsi menanggalkan kotoran pada kerang selain mematikan racun dan bakteria. Selepas dicuci, bilas sekali lagi dengan air bersih.

3. Serai
Tumbuk kasar beberapa batang serai dan rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan dan biarkan selama 10 minit sebelum ditoskan. Gerenti kulit kerang akan lebih bersih.

4.  Daun ubi atau daun betik
Sama seperti pelepah pisang kaedahnya, hanya perlu diramas bersama.

5. Hampas kelapa
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan jadi putih berseri-seri.

6. Air beras
Cara ini sangat mudah! Hanya rendam dalam air beras untuk bersihkan kerang.


Sumber foto: Carian Internet

7. Asam keping
Rendam kerang dalam air yang dimasukkan asam keping dan dibiarkan dalam setengah jam. Kulit kerang akan menjadi putih bersih.

Mudah sahaja kan? Selepas ini, boleh la cuba cara yang ditunjukkan itu di rumah ya. - CARI
8

Bagus
11

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
7

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aneem 17-11-2016 04:29 PM
Aku rendam ngan air cuka.
Belajau dari acik kantin.
Quote beautifulliar 17-11-2016 04:31 PM
Sedapnye kerang..rebus pastu mkn depan tv slurp2 air die..cicah ngn air asam pn sedap
Quote uori 17-11-2016 04:34 PM
minggu lepas makan kerang bakar hangit kat bagan lalang

Quote meklalala 17-11-2016 04:44 PM
sedapnya keranggg..tetiba rasa nak makan kerang bakarrrr...
Quote sabar_sabariah 17-11-2016 05:17 PM
mak aku ajar guna pelepah pisang tu
gonyoh je bebanyak semua
plinggg!!! dah jadi bersih

kalau nak rebus kerang jangan letak air bebanyak
takyah letak bawang bagai
garam pun takyah letak
kat dasar periuk tu letak daun serai
pastu letak kerang
tambah air sikit
bukak api besar2
masak kejap...plinggg!!!! dah boleh makan~
Quote holothurian 17-11-2016 05:26 PM
dah lama xmakan kerang...teringin pulakkkk...alahaii
Quote Diann 17-11-2016 05:57 PM
Kalau kat kampung memang basuh kerang dengan batang pelepah daun pisang tu. Gonyoh-gonyoh dah bersih.
Dah duduk kat bandar ni mana nak cekau batang pelepah pisang tu.

Boleh guna alternatif lain dah. Tengkiuu!
Quote Andyscenes 17-11-2016 06:20 PM
terliurrrr
Quote siskepoh 17-11-2016 06:38 PM
mmg bkesan sumenya. dah try
Quote babyleo68 17-11-2016 10:24 PM
uori replied at 17-11-2016 04:34 PM
minggu lepas makan kerang bakar hangit kat bagan lalang

Sedap ke makan kerang bakar hangit uolls?     my favorite kerang bakar ni
Quote drivethru 18-11-2016 02:53 AM
Ape punca makan kerang tangan n mulut jadi gatal2.
Quote uori 18-11-2016 08:33 AM
babyleo68 replied at 17-11-2016 10:24 PM
Sedap ke makan kerang bakar hangit uolls?     my favorite kerang bakar ni

kalo dah rentung isi sampai kecut cinonet tu,
memang mendatangkan kemarahan lahh  

tapi, kerang bakar kat kg baru bestt
Quote Grengo 18-11-2016 11:44 AM
terasa pulak nak mkm kerang. petang nanti beli je..
Quote cik-jaja 18-11-2016 12:41 PM
kerang dah mahal.......
Quote ginger_B 18-11-2016 02:03 PM
bestnya. cicah sambal belacan.

guna pelepah pisang atau daun pisang?
Quote babyleo68 18-11-2016 02:27 PM
uori replied at 18-11-2016 08:33 AM
kalo dah rentung isi sampai kecut cinonet tu,
memang mendatangkan kemarahan lahh  :h ...

Nape tak bakar hidung tukang bakar kerang tu? Pantang tau mood nak enjoy makan kerang bakar hang us terbakar... Kat ngan umah iolls ade kedai cina tapi die buat seafood je, die nye kerang goreng sambal/belacan memang aummmm
Quote swayne 18-11-2016 02:44 PM
teringat kerang bakar kat pantai remis. sedapnyaaaaaa
Quote uori 18-11-2016 02:47 PM
babyleo68 replied at 18-11-2016 02:27 PM
Nape tak bakar hidung tukang bakar kerang tu? Pantang tau mood nak enjoy makan kerang bakar hang u ...

dah takde tenaga nak flying kick tukang bakar kerang
dekat sejam pusing2 cari tempat duduk, tapi takde
setengah restoran meja kosong tapi semua reserved!
aku makan dekat sejam tapi takde pulak orang duduk kat meja reserved tu
aihss

dekat jalan alor pun banyak seafood cina tapi tak penah try lagi
entah boleh makan ke tak
aritu nampak siput sedut sedap benor


Quote -electrifying- 18-11-2016 02:58 PM
terasa cm nk mkn plak

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.172746 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top