CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Alamak, Pakaian Terkena 'Chewing Gum'! 7 Tip Ini Sangat Membantu

17-11-2016 07:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15390| Komen: 6|Original author: Oleh: Maly Rosli

Gula-gula getah melekat pada pakaian? Eew! Pasti rasa menggelikan dan kecewa terutama jika ia melakat pada pakaian kegemaran anda.



Kini, anda tak perlu risau lagi kerana ada beberapa cara mudah untuk menanggalkan benda melekitkan ini. Ini adalah triknya!


1. Peti ais
Letakkan pakaian anda dalam plastik kedap udara 'zip lock bag'. Pastikan bahagian terkena gula-gula getah itu menghadap ke atas dan tidak menyentuh permukaan plastik. Biarkan selama beberapa jam sehingga beku. Apabila sudah beku, gula-gula getah itu boleh ditanggalkan dengan mudah!



2. Cuka putih
Masukkan cuka ke dalam mangkuk dan panaskannya di dalam ketuhar gelombang mikro selama seminit. Apabila sudah panas (bukan mendidih), celupkan bahagian yang terkena gula-gula getah ke dalam cuka itu selama beberapa minit. Cuka panas itu akan memudahkan proses menanggalkan gula-gula getah dengan menggunakan berus gigi.

3. Seterika
Lapikkan kadbod di atas papan seterika dan letakkan pakaian di atasnya dengan bahagian terkena gula-gula getah melekap pada kadbod. Letakkan kain alas pada bahagia atas kain sebelum digosok ke kawasan yang terkena gula-gula getah tadi beberapa kali.



Gula-gula getah tadi akan menjadi panas dan kemudian akan melekat pada kadbod. 

4. Pengering rambut
Dengan berhati-hati, panaskan gula-gula getah dengan udara panas dari pengering rambut. Apabila gula-gula getah sudah cair, anda boleh menanggalkannya dengan mudah.

5. Penyembur WD-40
Semburkan kawasan terkena gula-gula getah tadi dengan penyembur WD-40 dan biarkan beberapa ketika sebelum menanggalkan gula-gula getah tadi.


Sumber foto: Carian Internet

Penggunaan penyembur WD-40 akan meninggalkan kesan bau. Untuk hilangkan bau itu, bilas pakaian itu dengan cuka.


Nah! Mudah sahaja kan. Selepas ini anda tak perlu risau lagi jika gula-gula getah melekat pada pakaian anda. Silakan mencuba! - CARI

16

Bagus
20

Marah
15

Terkejut
28

Sedih
29

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 18-11-2016 12:32 PM
oooh baru tau. selalu rimas chwing gum ni. kdag terpijak bagai. lagi2 anak sis. geram rasanya
Quote cik-jaja 18-11-2016 12:38 PM
kalau kena kat rmbut cmne lak ek? ada cara x
Quote seramado 19-11-2016 05:07 AM
Mmg rengsek betul

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.047666 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top