|
Pihak polis berjaya menahan sekumpulan lima anak muda termasuk seorang perempuan yang berusia antara 19 tahun hingga 34 tahun akibat memecah masuk rumah dan melarikan barangan kemas serta berharga bernilai RM40,000.
Kejadian berlaku di tingkat 21, Kondominium Pinang Laguna yang bertempat di Prai Selasa lalu pada sekitar jam 2.40 pagi. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, usaha menjejaki dan mengesan suspek telah mula dijalankan selepas menerima laporan polis daripada mangsa di Balai Polis Perai. “Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di depan rumah mangsa, kami dapati sekumpulan lelaki berlegar-legar di situ sejak Isnin lalu. “Susulan itu, kami menahan suspek pertama berusia 28 tahun yang juga jiran mangsa semalam,” katanya. Penahanan suspek itu membawa kepada penahanan empat lagi suspek di sebuah hotel bajet di Butterworth. - CARI
|
|
28
![]() Bagus |
36
![]() Marah |
29
![]() Terkejut |
27
![]() Sedih |
20
![]() Lawak |
32
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.870967 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.