Baru-baru ini Michael Ang didakwa dibayar untuk mempromosikan produk Pamoga Qu Puteh di konsert Gegar Vaganza, kali ini dia menerima gurauan kasar daripada rakan artis pula.
Pengarah drama, Michael Ang bagaimanapun menyatakan dia sedikitpun tidak 'makan hati' dengan gurauan membabitkan bangsanya sebagai seorang lelaki Cina yang sering dilihat berada dalam kelompok Melayu. Malah, menurut BH Online, dia juga tidak pernah menganggap gurauan seperti itu bersifat perkauman kerana sudah sedia maklum yang rakan artis lain sememangnya suka bergurau kasar di antara satu sama lain. "Jujurnya saya tidak pernah mengambil hati apabila orang bercakap seperti 'Oi, kau buat apa di majlis orang Melayu, kau seorang saja Cina?'
"Mungkin ada yang ambil perkara ini secara negatif, tetapi dalam industri ini, kita saling bergurau kasar. Saya sendiri bergurau kasar dengan orang, takkan saya tidak boleh terima apabila orang bergurau dengan saya," katanya kepada BH Online. Dalam masa sama, Michael mengharapkan kehadiran pelbagai bangsa dalam industri hiburan tanah air yang didominasi karyawan Melayu. Pembabitan artis bukan Melayu dalam drama arahannya membuktikan kesungguhan Michael untuk mencapai impiannya mahu mengubah industri seni tanah air sedikit demi sedikit. "Kalau ada yang perasan, dalam cerita Suri Hati Mr Pilot, watak teman baik Ejaz, iaitu seorang mualaf bernama Johan dilakonkan oleh pelakon Cina, Alvin Chong. "Akan datang, menerusi beberapa drama yang lain, saya akan terus menyelitkan watak bukan Melayu, barulah namanya 'Satu Malaysia'," jelasnya. Ya, itulah namanya 'Satu Malaysia'! Jangan dalam drama je bersatu padu, harap kehidupan di luar drama juga sama lah ya. - CARI
|
6
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepitsiput replied at 18-11-2016 07:14 PM
kelass...meols suka involvement ramai non malay dlm industri...barulah mcm era 80an dulu....color bl ...
FARRAZOOL replied at 18-11-2016 08:04 PM
Diva AA gelar mamat ni nyonya ting tong
putehkundor replied at 18-11-2016 07:29 PM
Nancie foo, elaine kang, wendy wong, jacinta lee, sara loo....
ADVERTISEMENT