Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menyelesaikan peperiksaan SPM di dalam lokap bila dia dikenakan tahanan reman tujuh hari kerana terlibat dalam kes dadah.
Memetik laporan akhbar The Star, pelajar itu ditahan di Jerteh Rabu lepas ketika berseorangan dalam sebuah bilik, sedang asyik membungkus pelbagai jenis dadah yang dianggarkan berjumlah RM23,450 di sebuah rumah tidak bernombor kira-kira jam 7.15 petang. Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja kelmarin, suspek terkejut apabila melihat kehadiran polis dan dilihat telah mencampakkan sebuah bungkusan melalui jendela sebelum ditahan. Hasil pemeriksaan terhadap bungkusan yang dibuang itu polis menemui 130 biji pil kuda dan beberapa paket dadah lagi dalam sebuah mesin kelapa. Pelajar tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.- CARI
|
19
Bagus |
26
Marah |
34
Terkejut |
36
Sedih |
26
Lawak |
42
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Manjahati replied at 21-11-2016 11:59 AM
Sian mak bapaknya byr yuran spm
ADVERTISEMENT