CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ikan Busuk Ini Bukan Untuk Kucing, Tapi Anak-anak Pakcik"

21-11-2016 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8735| Komen: 22|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sumber: FB Hazaruddin Abdullah

Gugur air mata, sebak rasa di dada bila mengenangkan betapa mewah dan bertuahnya hidup kita yang cukup makan dan pakai sedangkan di luar sana ramai lagi yang masih serba kekurangan. 

Ramai yang tidak bersyukur dengan nikmat yang telah dilimpahkan oleh-Nya namun perkongsian dari seorang pengguna Facebook yang bernama Hazaruddin Abdullah (Azhar) ini mungkin bakal membuatkan diri berasa insaf.

Sumber: FB Hazaruddin Abdullah

Petang itu, dia pergi ke sebuah pelantar ikan bersama keluarga dan si isteri meminta dibelikan udang segar harganya RM70 untuk dua kilo. Di sebelah mereka ada seorang pakcik yang di sebelahnya ikan yang agak berbau dipanggil ikan baja. 

Sumber Foto: Carian Google
Si anak yang melihat pakcik bekenaan bayar RM2 untuk ikan itu bertanya, "Pakcik hendak bagi makan kucing ke? Ikan tu tak berapa elok, anjing kebun ayah pun tak nak makan, berbau."

Orang tua itu terus menggosok kepala anak kecik itu sambil berkata, “Anak bertuah, ayah anak orang kaya. Boleh beli udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai, sekarang pakcik tak toreh getah lagi, tak larat, ikan ini bau sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing. Pakcik beli untuk keluarga pakcik”.

Sejurus pakcik itu menjelaskannya, si ayah tergamam lalu cepat-cepat meminta maaf dan orang di sekeliling pelantar terdiam.

Anak kecil yang tidak mengerti terus menangis. "Iqram minta maaf ayah, Iqram ingat pakcik hendak bagi kucing." Lalu Hazaruddin terus belikan ketam dan udang buat pakcik tersebut yang pada mulanya keberatan untuk menerimanya.

Sumber Foto: Carian Google
Malam itu selepas balik, isteri Hazaruddin masak ikan stim dan udang goreng dan pada ketika itu air matanya berderai.

"Emak makan apa dekat kampung malam ini?" Hari ini dia terkenang sewaktu kecil dulu di mana ibunya juga mengutip ikan yang tidak sesuai dibuat keropok dalam tong ikan untk dijadikan santapan mereka sekeluarga.

Nasihat kepada dirinya dan buat insan di luar sana:

Sumber: FB Hazaruddin Abdullah
Rata-rata netizen yang membaca tentang kisah ini terkesan dengannya dan meluahkan rasa sedih mereka:

Sumber: FB Hazaruddin Abdullah
Pada zaman serba canggih dan moden ini masih lagi ada insan yang menjalani hidup penderitaan dan kepayahan hidup seumpama ini.
Merintih sedih dalam jiwa tatkala mendengar kisah yang benar berlaku di dunia realiti seperti ini. Bagaimana pula yang kalian rasakan? -CARI 
 
21

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 21-11-2016 03:02 PM
citer kak hasanah lagi ke
Quote oak.balustrade 21-11-2016 03:16 PM
Ya Allah,sebaknya citer ni. I pecaya memang ada aje orang susah sebegini sekali...
Quote oak.balustrade 21-11-2016 03:17 PM
Ya Allah,sebaknya citer ni. I pecaya memang ada aje orang susah sebegini sekali...
Quote Victorioussss 21-11-2016 03:19 PM
Allahu...sedihnya.moga Allah murahkan rezeki penderma dan pakcik tu
Ninja cutting onion betullah.
Quote syadq 21-11-2016 03:51 PM
Ingatkan kat pelantar tu tangkapan baru sampai dari laut.  Ada jugak yg busuk.
Quote Artemesiaa 21-11-2016 04:15 PM
Ramai je yang susah sekarang ni hanya antara tahu dangan tidak je
Quote ms.mango 21-11-2016 04:15 PM
sedihnya....
Quote FARRAZOOL 21-11-2016 04:56 PM
Quote missinpiece 21-11-2016 05:21 PM
krustykrab replied at 21-11-2016 03:02 PM
citer kak hasanah lagi ke

Me pk pon begitu.. Tp mmg ade yg kurang bernasib baek camni
Quote batmana 21-11-2016 06:11 PM
azhar tu sapa?
kawan dia ka? ada fb?

ke adik kak hasanah..
Quote PongKang 21-11-2016 06:13 PM
kalo kt pelantar kuala kedah biasa aku dpt free udang kertas. nelayan kasik. bli ikan termenung myr4 puas mkn seminggu. kat kat pasir penambang mahal sket xdpt myr4. kalo kt kota tinggi borong ketam nipah mmg puas. 2 baldi besar myr150. tapi ketam hidup lg jenuh letak kt dapo dorg boleh kuar dr baldi. pun penah dpt ikan nelayan kasik free. mungkin pkcik tu kne jumpa nelayan terus. bkn jumpa peraih.
Quote jiji85 21-11-2016 09:37 PM
sekarang ni memang trend ke org buat karangan crta sedih d fb?sekali baca sedih dah 3/4 kali baca kisah yg hampir serupa naik muak pulak..
Quote eenhemo2 21-11-2016 09:38 PM
krustykrab replied at 21-11-2016 03:02 PM
citer kak hasanah lagi ke

Een pun ada terpikir macam tu..  
Quote jazaa100 21-11-2016 10:45 PM
krustykrab replied at 21-11-2016 03:02 PM
citer kak hasanah lagi ke

Citer abg hasanah.....
Quote gigahertz 21-11-2016 11:03 PM
Artemesiaa replied at 21-11-2016 08:15 AM
Ramai je yang susah sekarang ni hanya antara tahu dangan tidak je

sekali pakcik tu pakai iphone 7s.
Quote faraway1 22-11-2016 03:23 AM
sebaknya terus teringat pasal viral yang jangan beranak ramai tu..
Quote mieymiey 22-11-2016 07:14 AM
Apasal laa ni semua pakat buat cerita kak Hasanah.

Quote applemy 22-11-2016 11:51 AM
jiji85 replied at 21-11-2016 09:37 PM
sekarang ni memang trend ke org buat karangan crta sedih d fb?sekali baca sedih dah 3/4 kali baca ki ...

Nampaknya u sorang je yg aware dlm thred nih..

Personally, bukan kita tak kesian dgn cita ni.. cuma dah masak sgt dgn cita camni.. beribu2 org lain yg susah takde mengadu domba sana sini.. senyap2 diorang tingkatkan ekonomi keluarga..

Quote oppol 22-11-2016 10:12 PM
Ni ceta sedih ke ceta lawak ni....

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058631 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top