CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tolong Hormati Jalur Gemilang Pada Baju Saya"- Teguran Iskandar Kepada Jorgensen

21-11-2016 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7646| Komen: 38


"Baju saya mempunyai lambang negara Malaysia. Saya tidak mempunyai masalah jika anda tidak menghormati saya, tetapi tolong hormati Jalur Gemilang yang tertera pada baju saya."


Demikian luahan ketidakpuasan hati pemain perseorangan badminton negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berhubung tindakan pemain Denmark Jan Jorgensen yang melemparkan baju pemainnya ketika perlawanan separuh akhir Terbuka China. 

sumber foto: www.siakapkeli.my

Insiden itu berlaku susulan Iskandar terlupa untuk mengambil bajunya yang tertinggal di dalam kotak peralatan pada set ketiga apabila kedua-dua pemain bertukar gelanggang. 

Selepas melihat baju itu, Jorgensen dengan bersahaja melempar baju yang mengandungi lambang Jalur Gemilang ke arah kawasan Iskandar.


Namun jurulatih Iskandar dengan tenang mengambil baju tersebut di atas lantai.

Iskandar dalam laman Facebook miliknya meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap tidak profesional Jorgensen dan turut mendedahkan bahawa Jorgensen sengaja memperlekehkannya dengan membezakan dia dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Dalam perlawanan itu Jorgensen menang dalam pertarungan tiga set 20-22, 22-20, 7-21.- CARI


sumber foto: https://i.ytimg.com


23

Bagus
26

Marah
25

Terkejut
36

Sedih
29

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (172 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 21-11-2016 04:11 PM
Kopi O tu pun bukannya terer sangat pun. Kali terakhir beliau memenangi open tournament ialah tahun 2014.
Iskandar patut provoke Kopi O 'Ko ni macam mini Peter Gate'
Quote mbhcsf 21-11-2016 04:16 PM
Tahniah ... try again.
Quote fazzrules 21-11-2016 04:31 PM
Baru menang tomas kap for the 1st time pun kerek..sibbaik mamat iskandar tu dah pancit time rubber game..kalo tak blh titik lah denmark ni
Quote cocorex 21-11-2016 04:42 PM
Player denmark ramai jer yg baran..lenkali kalo ada peluang ko smash jer kt muka mamat tu
Quote Artemesiaa 21-11-2016 04:55 PM
Elok le disekolahkan dia tu
Quote ohnoLia 21-11-2016 04:57 PM
fazzrules replied at 21-11-2016 04:31 PM
Baru menang tomas kap for the 1st time pun kerek..sibbaik mamat iskandar tu dah pancit time rubber g ...

Iskandar tu kan lagi.muda dari kopi o?.
Quote kornea 21-11-2016 05:41 PM
Idiot cuckold jorgensen. Lain kali lempang saja
Quote oppol 21-11-2016 05:53 PM
Padan muka kau lah,main asyik kalah saja..
Baru sekali menang terus bergelek dangdut di gelanggang...
   :
Quote kornea 21-11-2016 06:35 PM
Terajang saja. Tak kira ada jalur gemilang ke tidak.
Quote lazim 21-11-2016 06:47 PM
cocorex replied at 21-11-2016 04:42 PM
Player denmark ramai jer yg baran..lenkali kalo ada peluang ko smash jer kt muka mamat tu

Aku teringat masa taufiq bdk bru nak naik.. nyaris nk kena amukan paul erik hoyer larsen. Cuak taufiq masa tu
Quote Jagendas 21-11-2016 07:12 PM
mohon tok chong wei balas dendam
Quote Changa 21-11-2016 07:14 PM
CARI-LTS replied at 21-11-2016 04:09 PM
"Baju saya mempunyai lambang negara Malaysia. Saya tidak mempunyai masalah jika anda tidak menghorm ...

Kau pun main badminton macam.pondan, motif nak acah diva dek? Kalau menang tak apa la jua nak mendiva
Quote gagakbiru 21-11-2016 07:33 PM
Ini ke perangai ummah kokesen mentaliti kelas pertama dambaan ummah malaysia sis?huduh benar perangainya
Quote pyropura 21-11-2016 07:44 PM
Laaah, salah sendiri tinggal tinggal baju pasai apa? Sesapa pun dlm keadaan begitu akan lempar begitu, mana puak dia tau adajalur gemilang atau idak?
Quote missus_meow 21-11-2016 07:49 PM
mamat tu memang perangai dia begitu kan? next time iskandar kalo lwn ngan dia, make sure u win. anyway, menang pon 3 set kan.
Quote highcastle 21-11-2016 07:56 PM
Aku mmg nampak ramai pemain Denmark ni panas baran.........
Quote cocorex 21-11-2016 07:59 PM
lazim replied at 21-11-2016 06:47 PM
Aku teringat masa taufiq bdk bru nak naik.. nyaris nk kena amukan paul erik hoyer larsen. Cuak tau ...

Kan..player denmark kalo dh nk kalah habis semua dia nk marah..pastu kurang ajar..aku pernah tgk game LCW kenakan player denmark smpai tersembam depan net sbb kejar bola..
Quote Skuau 21-11-2016 08:07 PM
pyropura replied at 21-11-2016 07:44 PM
Laaah, salah sendiri tinggal tinggal baju pasai apa? Sesapa pun dlm keadaan begitu akan lempar begit ...

'indon' betul cara ko berfikir...   
Quote edee_91 21-11-2016 08:28 PM
lain kali letak gambar rossy kat baju dek...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.176944 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top