Jika sehari dua ini nama pelakon baharu, Raysha Rizrose bagai dipukul canang. Apa tidaknya, gambarnya ketika menghadiri majlis anugerah ASK 2016 baru-baru ini telah mengundang 'hencapan' para netizen dek kerana kelihatan seperti tidak memakai coli.
Namun, menerusi temubual bersama Harian Metro, adik kepada Nelydia ini berkata dia tidak terkesan pun dengan kecaman yang diterima. Malah, berasa kelakar dan lucu pula kerana 'tukang komen' dilihat tak tahu perkara sebenar yang berlaku. “Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya. “Ramai juga yang mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal dan kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu.
“Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir,” terangnya. - CARI |
14
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
12
Sedih |
18
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
labusayong replied at 22-11-2016 02:00 PM
Dia ni la yang suka edit kaki kasi panjang tu kan
ADVERTISEMENT