CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Waris Terkejut Hospital Salah Serah Mayat Bapa

23-11-2016 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8399| Komen: 34


Bukan sahaja didapati 'hilang' dari rumah mayat tetapi disemadikan oleh 'orang lain', situasi yang mengejutkan itu dialami oleh ahli keluarga Fong Meng Tuck berusia 60 tahun yang maut dalam kemalangan. 


Difahamkan mayat Meng Tuck dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat sebelum ahli keluarga mangsa dibenarkan untuk menuntut mayat bagi tujuan upacara pengebumian.

"Kami pergi ke bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada pukul 2 petang Isnin. Selepas menandatangani 'borang pelepasan mayat' hospital memberitahu kami bahawa mayat bapa saya tiada di bilik tersebut."

Menurut salah seorang anak mangsa, Edward Fong selepas menunggu kira-kira sejam, ahli keluarga individu lain yang maut dan mayatnya juga berada di bilik itu memberitahu bahawa keluarga mereka tersilap menuntut mayat bapa saya dan upacara pembakaran sudah dilakukan.

Foto: Carian google


Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat dan ahli keluarganya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab, tambah Edward. 

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kakitangan hospital yang terlibat dalam insiden itu sudah digantung tugas kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perkhidmatan Perubatan Forensik.

"Kementerian telah mengarahkan semua hospital untuk meningkatkan SOP mereka bagi memastikan kejadian sama tidak berulang."- CARI
42

Bagus
41

Marah
42

Terkejut
47

Sedih
36

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (240 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 22-11-2016 11:15 PM
Hishhhh...cuainya.Bab mati..mayat segala kan isu sensitive utk fmly @ waris trdekat..
Quote sayamerah 22-11-2016 11:21 PM
"kenapa kau menangis kat kubur anak pakcik'?

jeng jeng jeng


"mak, kalau ini bukan kuburnya olivia shuttlecock, dimanakah kubur olivia shuttlecock'?

jeng jeng jeng



Quote PongKang 22-11-2016 11:27 PM
sayamerah replied at 22-11-2016 11:21 PM
"kenapa kau menangis kat kubur anak pakcik'?

jeng jeng jeng

mungkin mayatnya telah dibakar... jeng jeng jeng...
Quote ronapink 22-11-2016 11:33 PM
FARRAZOOL replied at 22-11-2016 11:15 PM
Hishhhh...cuainya.Bab mati..mayat segala kan isu sensitive utk fmly @ waris trdekat..

setuju..kalau kena famili kita, apa rasa,

kita  tengah sedih kutt


memang cuai la
Quote sayamerah 22-11-2016 11:33 PM
PongKang replied at 22-11-2016 11:27 PM
mungkin mayatnya telah dibakar... jeng jeng jeng...

"di BAKARRR, oh tidak.... dia kristian mehhh, bila dia masuk hindu?"
jeng jeng jejeng














Quote Nenasketum 22-11-2016 11:34 PM
sayamerah replied at 22-11-2016 11:21 PM
"kenapa kau menangis kat kubur anak pakcik'?

jeng jeng jeng

Klakar la pulak komen ni. Aku mampu ketawa walaupun ada orang hilang mata pencarian. Sila cari loyar yang akan berdebat bahawa kita semua dicampakkan ke bumi kerana kesilapan Adam A.S. kita manusia semua buat silap.
Jeng jeng jeng
Quote kechikchomel 22-11-2016 11:36 PM
satu tu mayat lelaki Chinese
satu lagi tu mayat siapa ye?
tadi ada kat buletin utama, tapi tak tengok sangat
kalau tak silap mayat lelaki Chinese tu dah dibakar
Quote sayamerah 22-11-2016 11:46 PM
Nenasketum replied at 22-11-2016 11:34 PM
Klakar la pulak komen ni. Aku mampu ketawa walaupun ada orang hilang mata pencarian. Sila cari loy ...

adakah kesilapan ini terjadi kerana mayat2 itu bangkit dan tukar tempat suka sama suka pada malam sebelum penyerahan mayat?
jeng jeng jejeng












Quote otai_g 22-11-2016 11:56 PM
Hidup susah, dah mati pun susah lg. Haiya apa nak buat ley
Quote doublethread 22-11-2016 11:57 PM
Kalau yang tak patut bakar dah selamat kena bakar, memang masaklah staff terbabit
Quote PongKang 23-11-2016 12:01 AM
kechikchomel replied at 22-11-2016 11:36 PM
satu tu mayat lelaki Chinese
satu lagi tu mayat siapa ye?
tadi ada kat buletin utama, tapi tak ten ...

ye ke? naya sungguh la nmpk gayanya
Quote FARRAZOOL 23-11-2016 12:52 AM
ronapink replied at 22-11-2016 11:33 PM
setuju..kalau kena famili kita, apa rasa,

kita  tengah sedih kutt

Khenn???Aptb
Quote ronapink 23-11-2016 12:55 AM

sampai dah buat upacara dah..

ehh kaum keluarga xbuka tgk dah ke muka si mati..penghormatan terakhir,
kalau buka tgk   mesti dah perasan kan,
Quote chinta89 23-11-2016 10:30 AM
erk... so xde bakar2 or tanam2 mayat yg sepatutmya tu kan?
Quote sofiazara 23-11-2016 11:01 AM
muka hancur kot tak leh cam
Quote WawaRaRa 23-11-2016 11:24 AM
sian nyer... sib 2-2 cina... klu yg da dibakar tu melayu islam cam ne??? da la tak dimandikan... x solat... adeh... kesian + seriau....
Quote sayamerah 23-11-2016 11:43 AM
negeri kafir rasuah pegang
bercelaru dari pucuk sampai pangkal


Quote Syd 23-11-2016 12:26 PM
Edited by Syd at 23-11-2016 12:28 PM

Ujian DNA jadi penentu


Hadzlihady Hassan
[email protected]


Georgetown: Tiga beradik yang hanya mendapat abu mayat mendiang bapa mereka sudah menyerahkan sampel darah kepada Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk ujian deoksiribonukleik (DNA), semalam.

Ujian DNA itu bagi membolehkan ahli keluarga berkenaan mendapat keputusan tepat untuk menentukan abu mayat yang diterima adalah milik mendiang bapa mereka atau sebaliknya.

Anak sulung mendiang, Fong I Wen, 34, berkata, keputusan ujian DNA itu hanya akan diketahui esok.

"Kami harap keputusan ujian DNA ini positif dan jika sebaliknya, ini akan menyusahkan kami sekeluarga untuk melakukan upacara pengebumian.

"Selepas keputusan ujian DNA diperoleh, sijil kematian akan dikeluarkan dan selepas ini kami mungkin akan mengambil tindakan mengikut undang-undang," katanya yang ditemui di sini, hari ini.

Kelmarin, Jabatan Perubatan Forensik HPP tersalah menyerahkan mayat mendiang bapa tiga beradik itu kepada satu keluarga lain.

Secara kebetulan, keluarga terbabit turut menuntut mayat seorang lelaki berusia 73 tahun yang meninggal dunia kerana sakit jantung kira-kira 12 tengah hari.

Mereka kemudian membawa pulang mayat terbabit dan terus melakukan upacara pembakaran sebelum abu mayat disimpan ahli keluarga berkenaan.

Bagaimanapun, Fong yang mahu menuntut mayat mendiang bapanya kira-kira 2 petang terkejut apabila dimaklumkan mayat terbabit sudah tiada di HPP.

Dia kemudian hanya diberikan abu mayat selepas hampir sejam menunggu di HPP.

Bapanya, Fong Meng Tuck, 60, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabas di Jalan Guruwara, di sini, kira-kira 3 pagi, kelmarin.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan, semalam, turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian terbabit dan melakukan siasatan dalaman.

Kakitangan yang melakukan kesilapan itu digantung tugas dan bakal berhadapan tindakan tatatertib yang tegas.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 11:48 AM
Quote little_sis 23-11-2016 12:46 PM
ni serius salah... yg heran tu keluarga yg dah bakar mayat tu tak check ke dulu muka ke apa.. kalo satu family ni  check, patutnya family yg terima mayat tu pun check dulu sebelum upacara membakar..

staff tu cuai, tapi family pun tak check ke..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.086182 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top