Bintang Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), Hazama Ahmad Azmi, 32, merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, Genervie Kam, 36, Disember depan.
Selepas empat tahun menjalin hubungan, pasangan itu akan menjalani kursus perkahwinan awal bulan depan. "Memang saya berhasrat untuk bernikah dulu pada bulan depan dan berharap pernikahan itu akan menepis fitnah orang mengenai hubungan kami. "Alhamdulillah, dia (Genervie) pun kini dalam proses memeluk agama Islam dan keluarganya juga menerima saya dengan sebaiknya," kata Hazama kepada BH Online. Menurut BH Online, Hazama masih belum memikirkan soal majlis persandingan kerana ia memerlukan persediaan rapi yang besar selain kos yang tinggi. "Bukannya saya tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran seperti dianjurkan rakan artis lain, namun ia tetap berbalik kepada keadaan ekonomi dan kewangan. Jadi, saya rasa lebih elok kami berjimat. "Mungkin kami akan bernikah di masjid atau pejabat agama sahaja, sementara majlis pernikahannya akan dibuat secara tertutup. Saya akan memberikan video apabila majlis nikah selesai," jelasnya. Tak mengapalah jika Hazama tak mahu buat majlis persandingan secara besar-besaran. Apa yang lebih penting adalah pernikahan itu sah. - CARI
|
21
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
12
Sedih |
11
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
meklalala replied at 25-11-2016 10:27 AM
tahniah hazama..kecilan lagi better..jgn lupa bg video ya..jangan jadi macam pasangan yang itu, yang ...
seri_mawr replied at 25-11-2016 10:30 AM
iskh....tak kan dia beranai nak ngaku dah nikah klu blm nikah...
takkan family dia diam x kata a ...
meklalala replied at 25-11-2016 10:34 AM
masalahnya pasangan tu dah memang mengaku kawen..semoga perkahwinan yang dibina kekal je jannah la ...
prettyuglybabe replied at 25-11-2016 10:38 AM
pasangan mana ni? terlepas gossip ni..
meklalala replied at 25-11-2016 10:34 AM
masalahnya pasangan tu dah memang mengaku kawen..semoga perkahwinan yang dibina kekal je jannah la ...
ADVERTISEMENT