![]()
POLIS forensik memeriksa mayat seorang lelaki Myanmar yang mati ditikam di pasar borong Kuala Lumpur kelmarin. KUALA LUMPUR , 5 Ogos – Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dibunuh selepas ditikam lebih 10 kali di tepi kaki lima pasar borong Kuala Lumpur kelmarin. Menurut sumber, kejadian pukul 11 malam itu mengakibatkan pekerja di pasar borong berusia 20-an tersebut mati di tempat kejadian dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah. Katanya, mangsa dipercayai diserang sekumpulan lelaki yang mengejarnya. “Pemeriksaan awal menemui lebih 10 kesan tikaman di seluruh badannya iaitu lima di dada, dua di kepala, tiga di belakang badan dan beberapa kesan lain di tangan kiri serta kanan,” katanya ketika ditemui.
|


caprut posted on 5-8-2013 10:49 AM
ak tlong niaga kat booth ramadhan pon x pasti pmbeli sma ade rkyat smnnjung , sbah sarwak atau lai ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.671317 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.