CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mahu Elak 'Jet Lag'? Ini 5 Penawar Kaki Travel Patut Tahu

30-11-2016 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5163| Komen: 8|Original author: Oleh: Maly Rosli

Zaman serba maju dan berteknologi kini pasti semua orang terutama dari kalangan kaki travel pernah mendengar terma 'jet lag'. Bagi yang tidak tahu, jet lag adalah gangguan sementara kepada biologi normal tubuh disebabkan oleh perjalanan jarak jauh yang melepasi beberapa zon masa.


Antara kesan daripada simptom jet lag adalah ia akan menyebabkan rasa keletihan, imsonia (keadaan tidak dapat tidur atau sukar untuk tidur), dan sedikit kekeliruan pada sistem tubuh.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang akan mengalami simptom jet lag. Ini kerana setiap individu mempunyai sistem biologi tubuh yang berlainan.


Menurut portal Purewow, anda sebenarnya boleh mengurangkan efek jet lag dengan beberapa tip ini:


1. Sesuaikan 'jam peribadi' (internal clock)

Sesuaikan waktu dalaman dengan destinasi anda beberapa hari sebelum berangkat. Misalnya waktu tidur dan bangun tidur yang dipercepatkan. Jika jangkaan waktu tiba ke destinasi adalah waktu pagi, cubalah untuk tidur di atas pesawat. Dengan itu, anda akan kurang rasa mengantuk ketika tiba di sana dan dapat menyesuaikan diri dengan perlahan-lahan di tempat yang anda kunjungi itu.


2. Jangan lupa makan!

Elakkan dari mengambil kafein berlebihan kerana ia akan menyebabkan dehidrasi. Banyakkan mengambil air kosong dan alas perut dengan makanan ringan untuk memberi tenaga.


3. Sesuaikan waktu



Sebaik naik pesawat, sesuaikan waktu pada jam tangan atau mana-mana gajet yang dibawa supaya padan dengan zon masa destinasi anda. Ini akan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa dialami.


4. Elak dari tidur seketika



Apabila tiba di destinasi, pasti anda akan rasa seperti mahu tidur sebentar. Jangan buat begitu! Sebaliknya cuba untuk terus berjaga sehinggalah tiba waktu sesuai untuk tidur seperti jam 10 malam ke atas.


5. Pilih penerbangan malam


Sumber foto: Carian Internet

Dengan mengambil penerbangan malam anda boleh tidur di sepanjang perjalanan anda tidak akan mudah berasa bosan, malah waktu penerbangan akan terasa sekejap sahaja.

Sekarang anda tak perlu risau mengalami jet lag lagi jika melancong ke negara orang. Tip di atas sangat membantu anda dalam mencegah dan mengatasi simptom jet lag. - CARI
7

Bagus
6

Marah
14

Terkejut
8

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 30-11-2016 04:20 PM
tidur jelah kalau jetlag ape susah...hihi
Quote KakManja 26-12-2016 03:30 PM
wahhh tq !!!!
Quote KakManja 26-12-2016 03:30 PM
wahhh tq !!!
Quote sherry70 1-1-2017 08:43 PM
Edited by sherry70 at 1-1-2017 08:46 PM

Nak hilang Kan jet lag senang je.sampai ke destinasi  kita jgn tidur , kita kena ikut waktu local  ..dulu kerap ulang  alik  dari flight US jam 1.30am sampai umah , jam  8am on same date da masuk kerja .nak kasi full explanation panjang lebar
Quote fefeeling 2-1-2017 12:06 AM
Kalau long haul better rehat btol2 before flying off takut badan x settle nnt rasa lesu pulak masa bercuti :zz
Quote puteri_lz 6-3-2017 01:40 PM
Thank you for info

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.071996 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top