CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Stress' Mengemas Rumah? 6 Kaedah Ini Sangat Membantu Dan Menjimatkan

30-11-2016 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10230| Komen: 33|Original author: Oleh: Maly Rosli

Mengemas rumah memang memenatkan. Lebih 'stress' apabila mahu memastikan ia kemas dan sentiasa bersih. Sudah la memakan masa dan tenaga, malah duit juga banyak dihabiskan untuk membeli alat dan bahan pencuci.


Jadi, apa kata kita tengok 6 kaedah ini yang gerenti akan menjimatkan masa dan duit anda. Tak perlu lagi anda bersusah payah berhabis duit dengan membeli produk mencuci. Kaedah dan teknik ini akan bantu anda memastikan rumah bersih dan berseri-seri setiap masa.

Mari lihat apakah kaedah itu!


1. Pencuci bilik air mahal?

Anda boleh membersihkan jubin hanya dengan memanaskan secawan cuka di dalam ketuhar gelombang mikro, kemudian tambahkan secawan sabun cuci pinggan. Campurkan bahan-bahan tadi dan masukkan ke dalam botol penyembur (spray bottle). Sembur bahagian atau kawasan dikehendaki dan biarkan ia semalaman. Selepas itu, lap bersih pada hari berikutnya.



2. Bulu kucing di merata-rata? 



Sumber foto: Carian Google

Rimas dengan bulu kucing yang melekat di merata tempat? Lupakan vakum, ucapkan hello kepada alat penyeka getah (squeegee). Ia lebih efektif dan mudah.


3. Wayar dan kabel berselirat?


Sumber foto: http://www.diyphotography.net

Guna semula gelung tisu, kerajang aluminium dan  plastic wrap untuk menyimpan wayar dan kabel.


4. Ketuhar gelombang mikro kotor?
Panaskan semangkuk penuh cuka selama beberapa minit. Wap yang terhasil akan membantu menghakis kotoran makanan di dalam ketuhar itu.

Jika tiada cuka, pakai jus lemon dan ditambah air pun boleh. Tapi disarankan guna cuka je sebab harganya lebih murah.


5. Berus gigi buruk? Jangan dibuang!



Simpan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi untuk dijadikan alat menyental. Berus gigi ini sangat elok untuk membersihkan ruang yang kecil dan sempit, seperti di sekitar tab mandi, sekeliling kepala paip atau mana-mana kawasan yang susah dicapai.


6. Kuali hangus dan berkarat?


Sumber foto: Carian Google

Jangan risau. Anda boleh kembalikannya seperti asal. Tuang hidrogen peroksida ke dalam kuali atau periuk, kemudian masukkan dua sudu soda bikarbonat atau baking soda dan rendam semalaman.

Esoknya, bolehlah anda sental kuali itu. Mudah je tanggal kerak-kerak pada kuali itu.


Bagaimana, mudah saja kan? Sebenarnya banyak lagi kaedah boleh digunakan yang menjimatkan, cuma kita perlu rajin mencari dan mengkaji. Selamat mencuba. - CARI
33

Bagus
31

Marah
27

Terkejut
21

Sedih
23

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (172 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 30-11-2016 05:55 PM

Copy the Code
Tuang hidrogen peroksida ke dalam kuali atau periuk, kemudian masukkan dua sudu soda bikarbonat atau baking soda dan rendam semalaman.


mana nak dapat hidrogen peroksida ni?
kat hardware ada ke?
kuali leper aku buat masak roti jala dah berkarat plak..
Quote Artemesiaa 30-11-2016 06:09 PM
Berus gigi terpakai memang win utk bersihkan kawasan yang susah nak sampai berbanding jika guna berus biasa
Quote drivethru 30-11-2016 06:43 PM
Hidrogen peroxide?

Kalau kena tangan.....
Quote SalenaGomez 30-11-2016 10:16 PM
sabar_sabariah replied at 30-11-2016 05:55 PM
mana nak dapat hidrogen peroksida ni?
kat hardware ada ke?
kuali leper aku buat masak roti jal ...

Baru nktanya benda sama....me slalu rendam ngn air panas...but penat gak le menyental
Quote SalenaGomez 30-11-2016 10:17 PM
Artemesiaa replied at 30-11-2016 06:09 PM
Berus gigi terpakai memang win utk bersihkan kawasan yang susah nak sampai berbanding jika guna beru ...

Setuju...cuma kenkadang risau jee terconfuse g guna gosok gigi
Quote Artemesiaa 30-11-2016 10:27 PM
SalenaGomez replied at 30-11-2016 10:17 PM
Setuju...cuma kenkadang risau jee terconfuse g guna gosok gigi

Kena le letak ditempat lain supaya tak tersilap guna.

Quote cknoriz 30-11-2016 11:53 PM
why xde dlm list ' clorox' keje jd easy bak abc...hotel2 pun guna tau..lg bersih berkilat
Quote Aneem 1-12-2016 12:15 AM
"Jangan risau. Anda boleh kembalikannya seperti asal. Tuang hidrogen peroksida ke dalam kuali atau periuk, kemudian masukkan dua sudu soda bikarbonat atau baking soda dan rendam semalaman."

Aku lagi stress nak cari benda alah yg nama sida tu...
Quote Star_el 1-12-2016 12:14 PM
hydrogen peroxide tak common kat Malaysia kan?
Quote noell 1-12-2016 12:37 PM
drivethru replied at 30-11-2016 06:43 PM
Hidrogen peroxide?

Kalau kena tangan.....

kalo kena tgn ilangla segala karat2 kt tangan tuh
Quote krustykrab 1-12-2016 02:56 PM
sabar_sabariah replied at 30-11-2016 05:55 PM
mana nak dapat hidrogen peroksida ni?
kat hardware ada ke?
kuali leper aku buat masak roti jal ...

cer try pencuci jenama cif atau jif

Quote yayangmama 1-12-2016 03:10 PM
owh...bahya ek hidrogen peroxide tu

itu kan...dulu2 masa kecik abah askar melayu

kitorg guna benda tu utk cuci taik telinga

hehehe...mmg dpd kecik smpai skang msh hapal nama ni

tp tak pernah la beli skang ni

dulu2 abah beli kat mana pon xtahu...tapi botol kaca besa...

titis dlm telinga...nanti telinga bunyi2 bising...

sure bersih telinga lepas tu..hehehe

tp tak tahu lah hidrogen peroxide yg skarang ni da jadi lain pulak, maybe byk jenis kot
Quote drivethru 1-12-2016 06:22 PM
noell replied at 1-12-2016 12:37 PM
kalo kena tgn ilangla segala karat2 kt tangan tuh

Dulu mase zaman nakal2, kalau rasa x puas hati dgn boss, mmg aku sapu H2O2 ni kat kerusi dia. Pastu duk menggaru bontot sebab gatal. Hahah...
Quote noell 1-12-2016 06:50 PM
drivethru replied at 1-12-2016 06:22 PM
Dulu mase zaman nakal2, kalau rasa x puas hati dgn boss, mmg aku sapu H2O2 ni kat kerusi dia. Past ...

kejam you sis ntah2 bontot dia dah berkudis teruk mana tau

ada jugak staf mcm ne???
Quote tejanurain 1-12-2016 10:31 PM
Zaman hakak muda belia dlu H2O2 ni beli kat farmasi, botol kecik je. RM3.50 sebotol. Sapu kat rambut nnt rambut jd karat..blonde katenye...21 tahun lps kot..
Gigih sgt nk blonde..smpai skrg rambut hakak rosak
Quote munchkin 2-12-2016 02:25 AM
sabar_sabariah replied at 30-11-2016 05:55 PM
mana nak dapat hidrogen peroksida ni?
kat hardware ada ke?
kuali leper aku buat masak roti jal ...

Kat farmasi ada jual.
Quote munchkin 2-12-2016 02:32 AM
Edited by munchkin at 2-12-2016 02:34 AM
sabar_sabariah replied at 30-11-2016 05:55 PM
mana nak dapat hidrogen peroksida ni?
kat hardware ada ke?
kuali leper aku buat masak roti jal ...


Spray dengan cuka or apple cider vinegar pastu sental. Kesan karat di bilik air buat saya tension. Saya spray cuka. Pastu guna green pad hijau empat segi gosok kesan karat keluar.

Kuali leper tu cast iron. Jangan cuci ngan sabun nanti karat.

Saya ada kuali cast iron. Masa nak cuci tabur garam pastu sental (jangan campur air) dengan kitchen towel (tisu keras). Pastu lalu ngan air sambil guna scouring pad hijau (jangan guna yg dah digunakan dish washing liquid - ada kesan sabun).

Lap kering. Letak balik atas stove. Nyalakan api. sampai kering. Pastu amik minyak ghee sapu tipis sambil api menyalakan kecil. Oles oles dengan tisu dapur (kitchen towel).  Tutup api. Simpan.

Cast iron setiap kali guna kena sapu minyak. Kalau tak mmg berkarat. Saya dah cuba minyak masak tapi ghee ternyata paling baik.
Quote munchkin 2-12-2016 02:37 AM
krustykrab replied at 1-12-2016 02:56 PM
cer try pencuci jenama cif atau jif


Jif tu chemical. Kalau sental toilet oklah. Tu cooking appliance. Sebaiknya guna approach selamat seperti bahan makan.

Paling terbaik guna cuka / baking soda. Kalau stainless steel

Kalau karat tu cast iron. Guna cuka sudah cukup. Ulang ulang sampai kesan karat hilang. Pastu kena season the surface with animal fat. Kalau muslims guna ghee sudah memadai utk create patina layer  
Quote munchkin 2-12-2016 02:39 AM
cknoriz replied at 30-11-2016 11:53 PM
why xde dlm list ' clorox' keje jd easy bak abc...hotel2 pun guna tau..lg bersih berkilat

Clorox tu hazardous. Mana boleh guna ngan cooking appliances.

Walau saya tahu ada guna clorox utk putihkan chopping board. Tu dah gila.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044630 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top