CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Juara Di Separuh Akhir, Mampukah Harith Iskander Raih 'Gelaran Orang Terlawak Di Dunia'?

7-12-2016 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6820| Komen: 26|Original author: Oleh: Maly Rosli

Tahniah diucapkan kepada Harith Iskander kerana melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan 'standup comedy' antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland, semalam.




Amat membanggakan apabila pelawak dan pengacara itu berjaya menewaskan 15 peserta lain, sekali gus meraih tempat pertama di pusingan separuh akhir.

"Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah iaitu melalui sistem penjurian serta undian online yang dibuat pengguna internet.

"Saya tidak tahu markah undian online saya. Cuma, saya memperoleh 29 daripada 30 markah daripada tiga juri professional," katanya kepada Sinar Harian.

Manakala menerusi laman sosial Instagram, Twitter dan Facebooknya, Harith menjelaskan bahawa hanya undian online yang akan menentukan keputusan di pusingan akhir.


Sumber foto: IG Harith Iskander

Sementara itu, Harith akan bertemu empat lagi pesaingnya yang layak ke pusingan akhir yang dijangka berlangsung esok (8 Disember, 2016) di  Levi, Finland.

Menurut Sinar Harian, Harith menyatakan dia akan berusaha memberikan persembahan lawak terbaik di pusingan akhir serta mengharapkan rakyat Malaysia mengundinya agar peluangnya cerah untuk merangkul dan membawa pulang gelaran juara ke tanah air.

"Saya belum dapat link laman web yang membolehkan netizen mengundi saya. Sekiranya menerima link tersebut, saya akan umumkan di Facebook dan Twitter rasmi saya.

"Saya harapkan undian serta doa masyarakat agar saya boleh memenangi pertandingan ini. Amin," katanya.

Juara akan menerima wang tunai bernilai RM444, 845, manakala naib juara akan membawa pulang RM44, 484 dan RM22, 242 bagi tempat ketiga.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada Harith Iskander. Mudah-mudahan dia dapat mengekalkan kejuaraannya di pusingan separuh akhir, sekali gus melayakkannya dirinya bergelar juara di pusingan final dan membawa pulang gelaran "Orang Paling Lawak Di Dunia". - CARI
27

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
6

Lawak
47

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fynnkakiblock 7-12-2016 10:17 AM
kenapa tak sambung sini jer TT

bukak by reputz cari jgk

http://mforum.cari.com.my/forum. ... mp;highlight=harith
Quote fynnkakiblock 7-12-2016 10:18 AM
Chuols jgk yg bukak kan cari mal motip nak bukak byk benang utk so called gosip yg sama
Quote damian_lee 7-12-2016 10:35 AM
fynnkakiblock replied at 7-12-2016 02:17 AM
kenapa tak sambung sini jer TT

bukak by reputz cari jgk

reputzzz cari mmang macam tuuu
hahahahahaha ....
Quote fynnkakiblock 7-12-2016 10:43 AM
damian_lee replied at 7-12-2016 10:35 AM
reputzzz cari mmang macam tuuu
hahahahahaha ....

reputz yg sama chuols.. nanti jawab utk portal cari
Quote kikuri 7-12-2016 10:50 AM
reputz cari kan ade class tersendiri
Quote edoraixora 7-12-2016 10:52 AM
repoter cari tak main update2 tred lame
die mesti pembuka tred ajer
Quote Fienomenology 7-12-2016 10:56 AM
On je!Xder hal la nk mengundi! Kita buat benda sama mcm Faiz Subri,kasi viral sampai menang!

Quote Nt-ViruS 7-12-2016 05:48 PM
ini baru ler talented. tak payah jadi duta semakphone pun orang kenal.
Quote idakamaruddin 7-12-2016 07:22 PM
mana nk tgk yg semifinal heshe menang tu uolss
Quote Changa 7-12-2016 08:15 PM
Akak tengok website penganjuran sangat felda pprt iya, macam jatuh kan martabat heshe pula join contest hauk sebegini.

Ini taraf pertandingan nyanyian super sedeh yg retis lokal selalu masuk kat bulgaria pelbagai itu jah
Quote RatuDunia94 7-12-2016 09:04 PM
Changa replied at 7-12-2016 08:15 PM
Akak tengok website penganjuran sangat felda pprt iya, macam jatuh kan martabat heshe pula join cont ...

*cough Dafi *cough
Quote chazey 7-12-2016 09:07 PM
Changa replied at 7-12-2016 08:15 PM
Akak tengok website penganjuran sangat felda pprt iya, macam jatuh kan martabat heshe pula join cont ...

Baru nak puji congrats bagai,

Sebab bagi ai Harith ini memang tak lawak dunia akhirat. Penilaian setakat tengok tv.
Quote MyNameIsIris 8-12-2016 01:30 PM
Nt-ViruS replied at 7-12-2016 05:48 PM
ini baru ler talented. tak payah jadi duta semakphone pun orang kenal.

Hi husband  
Quote Changa 8-12-2016 01:34 PM


kan akak dah cakap memang pertandingan taraf felda pprt jah...tengok website pun dah tahu taraf nya.
background stage pun so sedeh, show sekolah rendah pun lagi elok  
Quote DayangKirana 8-12-2016 03:42 PM
chazey replied at 7-12-2016 09:07 PM
Baru nak puji congrats bagai,

Sebab bagi ai Harith ini memang tak lawak dunia akhirat. Penilai ...

same here..

i tot taste i ni je yang hauk sebab tak faham lawak 'intelligent' dia tuh..
i pernah tgk dia punya show kat ausie couple of years back.. oh mai... tak lawak langsung. cringey to the max..
but then again, taste masing2.. at least takde la sehazab dan se'pprt' lawak clown2 kat MLM..
Quote -electrifying- 8-12-2016 04:47 PM
tahniah harithh
Quote azimodin 8-12-2016 05:04 PM
DayangKirana replied at 8-12-2016 07:42 AM
same here..

i tot taste i ni je yang hauk sebab tak faham lawak 'intelligent' dia tuh..

Yep, depends pada orang. I rasa geng MLM xde la hazab mana and kena la dengan target audience. lawak harith ni kalau mak i tengok dia ckp "pebenda la mamat botak ni bebel". tapi kalau sepahtu mak iouls kemain minat lagi
Quote ilya 8-12-2016 06:22 PM
start dari pprt lah, lepas viral mesti mamat ni up giler giler punya.
Tahniah Abam Harith
Quote Tok_Batin 8-12-2016 07:45 PM
Changa replied at 7-12-2016 08:15 PM
Akak tengok website penganjuran sangat felda pprt iya, macam jatuh kan martabat heshe pula join cont ...

Actually Laugh Factory ini kira bertaraf juga ya kalau di US sana. Cuma ia ada banyak cawangan chains seluruh dunia dan kualiti clubnya mungkin tidak terkawal.

Kalau di US, banyak ahli komedi bermula di Laugh factory (Dave Chapelle, Eddy Murphy, Wayan brothers, Adam Sandler, David Letterman, Ellen, dll).

Sejujurnya, lawak Harith tidak menarik bagi saya seakan dipaksa-paksa dan tidak natural, dia ini seperti Jerry Seinfield, Ray Romano, etc

Saya lebih suka Wanda Sykes dan Russell Peters,

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.255543 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top