CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rakan Artis Kesal Tindakan Fathia Memalukan Kru Kabin

7-12-2016 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18135| Komen: 110|Original author: Oleh: Maly Rosli

Bukan netizen sahaja yang geram dan marah dengan tindakan Fathia Latiff memuat naik foto seorang pramugari yang enggan membantu mengangkat begnya, malah beberapa rakan artis juga turut melahirkan rasa kesal mereka terhadap tindakan pelakon itu.



Sumber foto: IG Fathia Latiff

Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri, 46, yang pernah suatu ketika dahulu memegang jawatan Ketua Pramugari MAS menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan aktres berkenaan yang dianggap tidak wajar dilakukan.


Sumber foto: Twitter


"Tugas untuk membantu penumpang untuk angkat beg tiada dalam prosedur skop kerja kru penerbangan. Perkara itu dilakukan hanya atas budi bicara mereka sahaja dan saya percaya perkara-perkara itu ada ditulis dalam penerbangan.

"Keutamaan hanya diberi kepada penumpang kurang berkemampuan seperti ibu yang ramai anak, orang tua dan orang yang berkerusi roda sahaja, jika sihat seseorang itu perlu melakukannya sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Menurut Maria, tiada artis yang diberi sebarang keistimewaan ketika berada di dalam penerbangan.

Dalam pada itu, penyanyi yang masih bekerja sebagai pramugara, Zarul Husin, 43, berkata beg yang berat seharusnya diletakkan ke dalam tempat kargo bagi memudahkan penumpang membawa diri dalam penerbangan.

Zarul akui ramai sahaja VVIP yang menggunakan khidmatnya, tetapi mereka sendiri tahu tentang tugas kru kabin dan mereka selalunya meminta pembantu untuk menganggat beg-beg yang dibawa.

"Pada saya tiada salahnya jika meminta pertolongan tersebut dengan cara yang lebih baik," ujarnya.

Manakala, pelakon dan pengacara Karl Shafek, 36, kesal dengan tindakan Fathia memuat naik foto pramugari terbabit kerana ia boleh memalukan pramugari itu sekeluarga.

Menurutnya, golongan selebriti seharusnya sedar bahawa tak semua orang terutama anak kapal mengenali mereka sebagai artis.

Kita ni sesama manusia, bertolak ansur kan lebih baik. Golongan selebriti harus sedar yang diri mereka itu selalu mendapat perhatian sekeliling. Apa sahaja yang mereka buat, pasti ada yang memerhati dan mempertikaikan kewajarannya. - CARI
10

Bagus
11

Marah
26

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ira_229 7-12-2016 06:08 PM
mungkin dia dah terbiasa naik business class semua kena spoon-feed..layanan 1st class..
tapi selalunya crew automatik bila nampak kita terkial2 diaorang tolong sbb nak clearkan aisle..
Quote irdina 7-12-2016 10:44 PM
Murahan sangatttt
Quote caramel_cloud9 7-12-2016 10:48 PM
Yg peliknya...kenapa laa dia nak up kan isu ni..pdhal ainan tasneem baru je kena bash pasal isu yg sama. Takkan la dia tak tau.. ntah pape
Quote fadz84 7-12-2016 10:59 PM
caramel_cloud9 replied at 7-12-2016 10:48 PM
Yg peliknya...kenapa laa dia nak up kan isu ni..pdhal ainan tasneem baru je kena bash pasal isu yg s ...

Diakan bimbo..  
Quote CikRoyanners 7-12-2016 11:17 PM
Adakah fatiya akan meminta maaf secara terbuka
Quote Skuau 7-12-2016 11:20 PM
Sapa pelakon ni....apa filem dia yg meletop...apa anugerah dia pernah dapat?
Quote adelea 7-12-2016 11:21 PM
fadz84 replied at 7-12-2016 10:59 PM
Diakan bimbo..

pretty without brain
Quote saladin780 7-12-2016 11:26 PM
baru je aritu dipuji melambung lambung oleh acik2 kepam bila start mengenakan hijab..well a bitch will always be a bitch
Quote stingerattacks 7-12-2016 11:29 PM
saladin780 replied at 7-12-2016 11:26 PM
baru je aritu dipuji melambung lambung oleh acik2 kepam bila start mengenakan hijab..well a bitch wi ...

A bad day in office perhaps?

Kahkahkahkah
Quote HannahMontana 7-12-2016 11:29 PM
Fathia Latiff ni mcm troubled kid...kalau xbuat huru-hara hidup rasa xde sempurna


Lagi dilayan lagi dia suka....lain kali kalau dia marah kena handle mcm kita handle kanak2 riang rebena
Quote stingerattacks 7-12-2016 11:32 PM
ira_229 replied at 7-12-2016 06:08 PM
mungkin dia dah terbiasa naik business class semua kena spoon-feed..layanan 1st class..
tapi selalu ...

And how ironic, for an actress she is, tak tahu macamna nak melakonkan watak terkial kial angkat beg....help surely arrives, khennn?

Huhuhuhu

Quote ayu_malaya 7-12-2016 11:40 PM
Sy selalu naik ekonomi class .... rajin je kru tlg.
Kalau tak tlg angkat pun ... tlg tgk ....
Quote stingerattacks 7-12-2016 11:44 PM
ayu_malaya replied at 7-12-2016 11:40 PM
Sy selalu naik ekonomi class .... rajin je kru tlg.
Kalau tak tlg angkat pun ... tlg tgk ....

So yang tolong tengok, kau Tak ngadu kat Anak kau bila pulang, Cabin crew takda adab ka?

@nour2001

Kahkahkahkahakhakah

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.812340 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top