Kelmarin, John Glenn, lelaki yang telah melakar sejarah sebanyak dua kali sebagai warga Amerika yang pertama mengelilingi bumi dan warga emas pertama menjelajah angkasa lepas telah meninggal dunia pada usia 95 tahun.
Memetik laporan Daily Mail, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) merupakan antara yang pertama memberikan penghormatan kepada Glenn, yang telah lebih dua dekad berkhidmat sebagai senator, dengan menggelarkan beliau 'Wira Amerika Sejati'. Menurut Hank Wilson, jurucakap bagi Bahagian Hal Ehwal Awam di Kolej John Glenn, Glenn telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kanser James di Colombus, Ohio. Punca dan butiran lanjut kematiannya tidak diberikan. Angkasawan dan warga emas yang telah melalui zaman dua peperangan ini telah mengalami kemerosotan kesihatan, menjalani pembedahan untuk menggantikan injap jantung pada 2014 dan kemeudian dilaporkan menghidap strok, serta telah dimasukkan ke wad kanser di Colombus lebih seminggu yang lalu.- CARI
|
20
Bagus |
13
Marah |
23
Terkejut |
28
Sedih |
30
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT