"Berhati-hati ya kawan-kawan yang sedang dalam kesepian, kesunyian, merasa keseorangan atau saja-saja nak cari kawan.."
Begitulah antara pesanan yang diberikan oleh seorang netizen bila dia mendedahkan beberapa akaun Facebook seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan jenayah 'love scam'. Pendedahan itu menunjukkan wajah seorang lelaki digunakan dengan nama berlainan di beberapa akaun Facebook yang telah memperdaya ramai wanita terutamanya andartu sehingga RM500 ribu dan tergadai sebuah rumah. "Orang yang sama tapi nama yang berbeza. Gambar siapalah ini yang jadi mangsa," tulis netizen itu. Ternyata selain menggunakan nama palsu, gambar lelaki yang digunakan untuk mengumpan wanita di luar sana juga adalah gambar palsu.
Antara nama yang digunakan termasuklah Hanifah Murad, Ruslan Ariz Harun, Mohd Rodhi dan sebagainya. Paling mengharukan pada bahagian komen, pemilik sebenar 'wajah' berkenaan memunculkan dirinya. Dia yang bernama Ruslan Harun dipercayai seorang pengasas produk hijab di negara ini turut menjadi mangsa bila gambarnya digunakan sewenang-wenangnya hingga ramai wanita tertipu. Antara lain, netizen lain memberikan nasihat kepada mereka di luar sana agar tidak mudah tertipu dengan mana-mana lelaki atau wanita yang tidak dikenali yang cuba berkawan dengan anda melalui laman sosial. "Janganlah percaya pada scammer ini, mulut manis lagu mana pun tapi once minta duit kita, confirm scam!" pesan seorang netizen. Berikut merupakan antara respon netizen berhubung isu ini. |
25
Bagus |
17
Marah |
30
Terkejut |
19
Sedih |
21
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 14-12-2016 12:33 PM
Jangan mudah terpedaya denga benda2 macam ni banyak penipuan kesian dengan tuan punya gambar yang di ...
batmana replied at 14-12-2016 11:46 AM
Kalau pmpn @ laki yg ada rupa tu,tapi bkn celebriti..nak post gamba kt tenet.. Balaja2 Larr buat wat ...
harisanis replied at 14-12-2016 10:53 PM
ye ker ni??? ke nk viralkn tudung yg ko jual je sbenar yea ni :....
batmana replied at 14-12-2016 11:46 AM
Kalau pmpn @ laki yg ada rupa tu,tapi bkn celebriti..nak post gamba kt tenet.. Balaja2 Larr buat wat ...
ADVERTISEMENT