Kebelakangan ini banyak kita lihat 'meme' iaitu gambar yang ditulis dengan kapsyen lawak atau sarkastik berlegar di laman sosial. Ramai netizen berkongsi gambar-gambar tersebut dan 'tag' rakan mereka dengan tujuan sekadar hiburan namun dalam tidak sedar membuat hati sesetengah pihak tercalar.
Perkara ini terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Lizzie Velasquez di mana wajahnya dijadikan sebagai 'meme'. Mangsa yang merupakan seorang pakar motivasi itu telah menyedari dirinya yang cacat fizikal dijadikan bahan lawak dan menganggapnya sebagai satu penderaan mental.
Lizzie sebenarnya didiagnos menghidap sindrom yang menyebabkan penuaan lebih awal dari masanya, badannya tidak dapat menyimpan lemak dan membuatkannya kekurangan gizi, kurus kering dan nampak macam mayat hidup. Dia telah memuat naik sebuah status di laman Facebooknya untuk meluahkan rasa terkilan tentang perkara ini. Kapsyen dalam gambar tersebut berbunyi, "Michael kata mahu berjumpa dengan saya di belakang pokok ini untuk sesuatu yang menyeronokkan. Dia lambat, boleh sesiap tolong tag dia dan beritahu saya masih menunggunya? " Disebabkan itu dia bertindak untuk mewakili orang lain yang menjadi mangsa sepertinya untuk meluahkan rasa sedih dengan perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab itu. 'Tidak kira bagaimana rupa kita atau saiz kita, di penghujungnya, kita semua manusia. Saya meminta anda semua supaya ingat perkara ini apabila berjumpa meme viral sebegini dari orang yang tidak dikenali Ada di satu masa, anda mungkin rasakan ianya lucu tetapi manusia di dalam foto ini mungkin merasa sebaliknya. Sebarkan kasih sayang bukannya ejekan." Netizen turut meluahkan sokongan dengan apa yang diluahkan dan kesal dengan sikap sesetengah pihak yang suka mengaib dan memalukan orang lain. Seharusnya, kita sebagai sesama manusia perlulah berfikir dahalu seblum melakukan apa jua perkara. Mungkin perkara yang kita anggap remeh sebenarnya adalah hal yang sangat serius bagi orang lain. Jadi jadikanlah perkara sperti ini sebagai pengajaran ya? -CARI |
9
Bagus |
13
Marah |
19
Terkejut |
15
Sedih |
36
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT