Dakwaan yang tersebar di laman sosial dan aplikasi Whatsapp kononnya seluruh negara akan bergelap pada 18 Disember ini adalah palsu. Demikian penafian Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Memetik laporan Sinar Harian, dalam kenyataan itu juga, Pengurus Besar Kanan, Hal Ehwal Korporat & Komunikasi TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin menasihatkan agar pengguna tidak berkongsi maklumat tersebut di media sosial yang lain. “Untuk mendapatkan maklumat terkini kerja-kerja penyelenggaraan berkala TNB, pengguna dinasihatkan untuk melayari laman web TNB di https://www.tnb.com.my/residential/power-alert/ ” Selain itu, pengguna juga boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di laman Facebook TNB Careline atau di talian percuma 1-300-88-5454. Menurut maklumat palsu itu mendakwa, 18 Disember (Ahad) adalah hari tanpa elektrik di seluruh negara bermula 10 pagi hingga 5 petang.
Malah, maklumat yang tidak diketahui sumber asal itu mendakwa bahawa pemotongan elektrik telah berlaku di Petaling Jaya dan Subang Jaya, termasuk menggesa orang ramai melayari laman web TNB menerusi pautan yang disediakan dalam maklumat berkenaan.- CARI |
34
Bagus |
19
Marah |
27
Terkejut |
19
Sedih |
27
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
akusukaq replied at 16-12-2016 01:32 PM
apabila di fasik membawa berita,
kalau cepat nak.percaya,
akan sendri yg susah , huru hara, rugi ...
ADVERTISEMENT