CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hukum Ucap Merry Christmas, Haram Atau Harus? Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

20-12-2016 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5899| Komen: 2|Original author: Oleh: Adib Za


Saban tahun, soalan yang sama akan menjadi perbualan dan berdebatan ramai orang tentang ucapan Selamat Hari Krismas yang dianggap haram bagi umat Islam.


Benarkah kita sebagai muslim haram mengucapkannya sama sekali? 


Bagi menjelaskan keadaan tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi laman rasminya dan juga laman Facebook, membuat huraian penuh tentang ucapan yang dianggap kontroversi di Malaysia itu.

"Soalan ini sering berlegar-legar saban tahun dalam kalangan umat Islam. Ia juga seringkali menimbulkan polemik dan salahfaham baik dalam kalangan bukan Muslim, malah umat Islam sendiri. 

"Kami menerima beberapa persoalan berkaitan ini daripada mereka yang mepunyai hubungan secara langsung dengan bukan Muslim baik secara kekeluargaan, kerjaya, mahupun kerana tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama," ujar mufti ini.


Ternyata huraian yang diberikan sangat terperinci sehingga 17 muka surat panjangnya. 

Berikut adalah kenyataan mufti menerusi laman web rasminya:

"Setelah kami amati dan tekuni isu ini dengan berhemah, di samping membincangkan dengan pakar serta kembali kepada rujukan yang muktabar sebagaimana yang telah dilampirkan kesemuanya di atas, maka kami berpendapat hukum mengucapkan Merry Christmas adalah HARUS dan perlu meraikan garis panduan yang telah kami nyatakan. 

"Ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007, 

“Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.”

Dalam masa sama, ramai netizen meluahkan rasa terima kasih dan juga bersyukur dengan penerangan yang diberikan agar tiada lagi keraguan berhubungan ucapan Selamat Hari Krismas. 


22

Bagus
11

Marah
24

Terkejut
17

Sedih
14

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B4g4s 20-12-2016 07:14 PM
Test akun
Quote siskepoh 21-12-2016 10:48 AM
ooh baru jelas. terima kasih dgn penjelasannya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035181 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top