CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Munirah Nak Balik Rumah"- Rintihan Anak Yang Menyayat Hati

21-12-2016 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7345| Komen: 41


"Munirah nak balik rumah, nak balik rumah". 

Demikian rintihan yang diluahkan oleh Munirah Mohd Padzil yang terselamat bersama empat adik beradik yang lain, sebaik sahaja mengetahui kedua ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan.


Menurut ibu saudara mereka, Ruslina Rashid, 48 yang ditemui pemberita di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam, Munirah terus sebak dan menangis teresak-esak sebaik dimaklumkan berita itu. 

"Munirah hanya cakap mahu balik rumah, saya ingat dia masih tidak percaya berita itu tetapi selepas dipujuk, dia dapat menerimanya walaupun sukar." 

Memetik laporan Astro Awani, seorang lagi ibu saudara, Muzaini Mohd Noor, 45, berkata sebelum memikirkan siapa yang berhak untuk penjagaan sepenuh masa,  buat masa ini semua anggota keluarga sepakat untuk menjaga kelima-lima anak saudara mereka. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajkan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Kedah Datuk Suraya Yaacob hari ini melawat kelima-lima beradik itu di wad HSB.

Tambah beliau, dari semasa ke semasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)) akan memantau perkembangan mereka termasuk mendapatkan khidmat kaunseling supaya menghilangkan trauma akibat kejadian itu.

Sabtu lalu, Mohd Padzil Rashid, 50, dan Masmiwaza Mohd Noor, 42, menemui ajal selepas kenderaan dinaiki bersama lima anak bertembung dengan sebuah treler di Jalan Alor Punti, Pendang.- CARI

sumber foto: The Star

17

Bagus
23

Marah
24

Terkejut
25

Sedih
24

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 21-12-2016 02:16 PM
aduhai...sedih
Quote SWORKS27 21-12-2016 02:21 PM
sedih sangat......sebak plak aku  
Quote kuzaime 21-12-2016 02:37 PM
Sekelip mata yatim piatu.. harap2 waris trdekat dpt mnjaga n bg kasih syg pd anak2 yatim ni tnpa ada apa2 isu kemudian hari.. Besar pahala n ganjaran pd yg menjaga anak2 yatim..x dapat kt dunia, akhirat nnti mesti akan terbalas..
Quote missinpiece 21-12-2016 02:44 PM
Sedihnya la. Hidup perlu diteruskan walau tanpa org tersayang
Quote awekjepun 21-12-2016 02:53 PM
Semoga dipermudahkan urusan adik beradik ni & dpt penjaga yg baik..
Quote Nenasketum 21-12-2016 02:56 PM
Janganlah biarkan dia ke rumah anak yatim. Sedihnya
Quote Senjamalam 21-12-2016 02:56 PM
sedihnya.. celik mata dah bergelar anak yatim. ..semoga adik kuatkan semangat untuk teruskan hidup lepas ni.
Quote MISZZZ 21-12-2016 03:52 PM
sedihnya jadi adik ni, sakit2 bila sedar mak ayah pon dah tak da, langsung tak sempat tengok saat2 terakhir mak dengan ayah tu.. kita doakan yang terbaik buat diorang, moga Allah pelihara hati orang yang nak jaga anak2 ni moga tak terpesong dan tamak
Quote naina 21-12-2016 04:01 PM
Nenasketum replied at 21-12-2016 02:56 PM
Janganlah biarkan dia ke rumah anak yatim. Sedihnya

I rasa itu lg baik
Dr timbul isu mcm2 nanti
Mcm perebutan hak, harta n tkt rasa terasing dgn sepupu lain yg ada mak pak
Kt rumah anak yatim sume sama
Quote akusukaq 21-12-2016 04:08 PM
terus teringat kesah pak su yg kumpul derma
utk bela anak yatim tu.apa perkembangan terkini ya.harap menjadi kesah dan tauladan
Quote mzzenma 21-12-2016 04:11 PM
huhuh kesiannya..moga adik-adik ni bertabah
moga ahli keluarga yang lain jaga dik-adik ni dengan baik and ikhlas
Quote pearl.silver 21-12-2016 06:06 PM
Bertabah lah dik...
Meleleh air mata akk ni mengenang nasib korang
Semoga Allah mudahkan urusan korang lepas ni..kalau duduk ngn mak pak sedara, jgn nakal2 macam amsyar..nanti x pasal kena tinggal kat pasar..
Quote ahlam_nabiha 21-12-2016 06:52 PM
U all ada tak terfikir benda2 yg sama terjadi pada anak2 kita? Huhu sedeh..manusia boleh gelap mata dgn duit walaupun ada pertalian darah.
Quote awekjepun 21-12-2016 08:46 PM
ahlam_nabiha replied at 21-12-2016 06:52 PM
U all ada tak terfikir benda2 yg sama terjadi pada anak2 kita? Huhu sedeh..manusia boleh gelap mata  ...

Ada tfikir dan prnh bincang dgn hubby.. hubby kata kita xde kuasa, berserah je pd allah.. walaupun tinggalkan harta tp risau klo penjaga x amanah.
Quote lil_sparky 21-12-2016 09:00 PM
ahlam_nabiha replied at 21-12-2016 06:52 PM
U all ada tak terfikir benda2 yg sama terjadi pada anak2 kita? Huhu sedeh..manusia boleh gelap mata  ...

My sis penah btau..if apa2 jd..ank dia nk minta lil jaga
Quote faraway1 21-12-2016 09:19 PM
ahlam_nabiha replied at 21-12-2016 05:52 AM
U all ada tak terfikir benda2 yg sama terjadi pada anak2 kita? Huhu sedeh..manusia boleh gelap mata  ...

sebab tu kami suami isteri dah pilih sapa penjaga anak, sama kendali harta, bila anak dapat harta, semua bertulis dengan peguam.
atkeast kalau kami tetiba accident suami isteri, anak hidup, me percaya orang yang jaga tu, akan sayang anak sebab dorang tak ada anak.
Quote manjalara_01 21-12-2016 11:23 PM
awekjepun replied at 21-12-2016 08:46 PM
Ada tfikir dan prnh bincang dgn hubby.. hubby kata kita xde kuasa, berserah je pd allah.. walaupun ...

kalau dekat wasiat tu dah letak nama anak2...wasiat ni kena ade lawyer & sebagainye kan utk pengesahan document ori. & sah?
so bleh ke kalau document tu difakekan or dieditkan??
Quote manjalara_01 21-12-2016 11:30 PM
kuzaime replied at 21-12-2016 02:37 PM
Sekelip mata yatim piatu..  harap2 waris trdekat dpt mnjaga n bg kasih syg pd anak2 yatim ni tnpa  ...

yes u pd pendapat i la..kalau anak2 ni dijaga dgn penuh kasih sayang & mendapat perhatian yg sewajarnye walaupun bukan dari parents sendiri tp dari penjaga/relatives, i yakin bile die org besar kelak insyaallah akan jadi org yg berguna, bahagia & berjaya dlm hidup...
because most of gejala sosial yg berlaku berpunca dari parents yg abaikan anak2 dari kecik..
so sometimes kalau ade parents pun tp parents x sayang anak..pun x guna...jgk..bile jadi remaja je mcm2 problem timbul..




Quote WhiskeyScotch 21-12-2016 11:33 PM
Ya Allah, kesiannya. Moga Allah memberikan kekuatan.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.070533 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top