CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kopi McDonald’s Malaysia Tiada Lemak Babi- JAKIM

21-12-2016 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4986| Komen: 23


Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan isu kopi mengandungi lemak babi yang diviralkan tidak membabitkan McDonald’s Malaysia.

Memetik laporan Bernama, JAKIM dalam satu kenyataan memaklumkan, masyarakat wajar memahami bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap premis berkenaan adalah berbeza mengikut negara.

“Untuk makluman, McDonald’s Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia.” 

Susulan itu, untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral, orang ramai turut disaran layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM iaitu https://m.facebook.com/HabHalalJakim/.

Terdahulu, isu membabitkan dakwaan penggunaan lemak babi ke atas minuman kopi McDonald’s tersebar dalam media sosial.


Bagaimanapun ia dinafikan oleh Pengarah Urusannya, Azmir Jaafar yang berkata, mesej terbabit disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menimbulkan ketakutan dan keraguan dalam kalangan masyarakat.- CARI

sumber foto: http://www.mcdonalds.co.id/


17

Bagus
7

Marah
22

Terkejut
11

Sedih
27

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 21-12-2016 05:33 PM
i pun rasa penat dengan benda2 viral ni..
last dgr viral drebar lori starbuck cakap kopi cup starbuck tu x halal
brader tu pesan lagi produk tu dr israel..elok xyah la makan..
tp brader tu x kisah plak duit gaji hasil dr bawak barang israel tu...

haih...
Quote rayna_raynes 21-12-2016 05:40 PM
Suka betul mengharamkan benda yang halal. Halal sgt ke memfitnah tu?
Quote nellyberry 21-12-2016 05:42 PM
yg iols dapat whatsapp berantai ni pasal kopi starbucks.
Quote ultra78 21-12-2016 05:50 PM
Si bongok manalah yang viralkan bend ni. McD Malaysia dah ada sijil halal jakim. Memandai aje korek cerita si luar negara dan buat fitnah di dalam negara.
Quote babydoll 21-12-2016 05:53 PM
suka betul set2 kaki viral ni dgn babi.

Quote hijrah8 21-12-2016 05:55 PM
Lemak babi manyak kesedapan.. menfkasi mengharumi
Quote CardiGans85 21-12-2016 06:06 PM
pearl.silver replied at 21-12-2016 05:33 PM
i pun rasa penat dengan benda2 viral ni..
last dgr viral drebar lori starbuck cakap kopi cup starbu ...

Sokong..

Ckp je lbh tp x pndg dr sndiri..gaji blm tntu halal spnuhnya..pelik ngn org suka memviral benda x betul ni
Quote jazaa100 21-12-2016 06:10 PM
pearl.silver replied at 21-12-2016 05:33 PM
i pun rasa penat dengan benda2 viral ni..
last dgr viral drebar lori starbuck cakap kopi cup starbu ...

Kann....

Sibuk kat wassap grp viralkn....kang kita tegur, sentap pulak...


Quote AbukRokok 21-12-2016 06:12 PM
betulla cakap monyet2015 @monyet_2015 .... melayu ni bangsa yahudi...tentera dajjal
Quote cmf_jeangrey 21-12-2016 06:35 PM
Jakim pun letih nk layan petty isu ni
Ada website taknak check
Ada hp nmbr taknak call bertanya
Dah malas membaca, bila nk viralkan rajin pulak
Sbb tu bangsa kepam susah nak maju
Quote wadiunong 21-12-2016 06:52 PM
Tak penat ke diaorg yg buat fitnah & viralkn ni
Quote pseudo_kl 21-12-2016 07:14 PM

Malies ni lain sikit, dapat benda yang tak confirm lagi, terus viral. Betul ke tak  belakang kira.

contoh " ni berita yang aku dapat tadi, kalau betul minta ambil tindakan, kalu salah sila abaikan" -
bangang giler orang yang macam ni. Kalau ko tak tau betul ke salah, takpayah la nak forward....bangkai.....

satu lagi baru2 ni " pertolongan Allah telah tiba, Myanmar telah dilanda tsunami" pastu letak gambar... bila google balik gambar tu ialah gambar banjir besar berapa taun lepas.
Apa motif yang ko rajin sangat amik gambar  pastu buat cerita palsu. Perangai mengalahkan lemak babi dalam kopi McD!
Quote kuntau 21-12-2016 07:14 PM
patutlah dah kurang sedap..
Quote sepertiitu 21-12-2016 07:23 PM
asyik asyik benda sama je meleis ni. bawak bawak lah rajin membaca sikit
Quote Maideen. 21-12-2016 07:27 PM
Bangsa sabsidi punya way of laif............

Wallahualam.
Quote cassriena 21-12-2016 07:34 PM
kesimpulannya jgn pi letak dlm WhatsApp. ni tak sempat2 nak share nak viral .
Quote emelia1509 21-12-2016 07:39 PM
ummah melayu mmg mudah sentap ..

bab copy n forward merekalah yg terpantas...
paling menyampah dok dapat wassap viral yg x sahih camni..tp ummah melayu tetap gak hadap benda yg harom tu, penuh je mekdi tu kn...

Quote dodolgemok 21-12-2016 07:40 PM
Babi betul sape bawak cite tipu ni! Sikit2 viral babi sana haram sini ujong2 rasuah songlap duit org lain xkira haram pulak? Kalau boleh hari2 nak fitnah mcd starbucks semua tu haram kan? Padaha sengkek takde duit nak makan sana. Puii!
Quote FanTasyCreaTioN 21-12-2016 07:42 PM
Sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral, orang ramai turut disaran layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM iaitu https://m.facebook.com/HabHalalJakim/.
https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

berita pada 19hb








Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.048578 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top